Nyanyian Yang Berkesan di Silaturahmi Keroncong Nusantara, Rozita Rohaizad Gembira Dengan Sambutan Peminat


Kerana nyanyian yang dibawanya pada tahun 2015 di Pesta Jazz Utara ke-5, Medan, Rozita Rohaizad sekali lagi muncul untuk membuat persembahan di Silaturahmi Keroncong Nusantara, Solo, Indonesia pada 23 Julai 2017. 

Nyanyian beliau di Medan telah memberi kesyukuran tidak terhingga kehadrat Ilahi kerana telah disiarkan di akhbar Indonesia. 


Solo merupakan sebuah Kota Keroncong di Indonesia. Menjadi kegilaan buat peminat-peminat tegar yang meminati genre keroncong untuk menubuhkan satu komuniti besar-besaran tidak kira tua atau muda dalam menjayakan majlis di situ iaitu di sekitar HAMKRI (Himpunan Artis Muzik Keroncong Republik Indonesia). 


Turut mengiringi Rozita pada malam itu adalah Orkes IBLIS (Indonesia Bersama Leluhur Indonesia Sukses) yang juga melancarkan 6 pemuzik keroncong professional dari Jawa diketuai oleh saudara Tri Raharjo. 

Satu penghormatan besar buat Rozita ketika melihatkan gambar dan nama beliau terpampang di sepanduk dan poster di Taman Budaya dan taman Hiburan Taman Sri Wedari, Solo. Lokasi daya tarikan pelancongan untuk menjadikan pertunjukkan etnik tradisional Indonesia seperti Wayang Orang iaitu Ramayana Theatre, Wayang Kulit dan banyak lagi. Lagu-lagu asli dan moden serta persembahan tarian selain dari muzik keroncong boleh anda dapati ketika melewati kawasan sekitar di situ.


Ternyata persembahan Rozita Rohaizad pada malam itu sungguh mempesonakan dan menyaksikan beliau menyampaikan dua buah lagi asli berentak keroncong dalam melayani penonton-penonton yang hadir. 

Menurut Rozita "Beliau seperti seorang Puteri Jawa yang turun dari kayangan untuk menceritakan sebuah kisah kepada rakyat jelata." Dek kerana nyanyian pertama yang berjudul "Alunan Biola" mendapat sambutan menggalakkan, para penonton menjerit beramai-ramai supaya Rozita meneruskan nyanyian seterusnya. Semakin bersemangat tinggi Rozita untuk meyakinkan lagu asli Madah Pujangga dari ibu saudaranya, Puan Sri Saloma bahawa Orkes Iblis telah mengatur baik pementasan nyanyiannya malam itu. 

Ini adalah yang pertama kalinya peminat keroncong Indonesia diperdengarkan lagu asli Madah Pujangga dikeroncongkan dan menyebabkan mereka terus memuji nyanyian Rozita. Ternyata ramai menyukainya dengan tepukan yang gemuruh dan memberikan kegembiraan dalam hati Rozita. Bukan setakat itu sahaja! Sebuah kumpulan keroncong kreatif dan progresif, Midaleudami dari Bandung juga telah memberi pujian dan menyatakan hasrat untuk bekerjasama di masa hadapan. 

Rozita juga ada memberitahu bukan beliau sahaja satu-satunya wakil dari Malaysia. Bahkan terdapat juga kumpulan keroncong gadis dari SMK Sultan Ibrahim dan para belia dari Orkes Maktab Sabah. Mereka semua telah menyampaikan lagu keroncong konvensional Malaysia dan Indonesia. Selain itu, mereka juga diwakili oleh artis terkenal, En. Maamor Jantan dan isterinya, Dilla Ahmad yang mendendangkan lagu duet popular.


Alhamdulillah, sambutan yang begitu menggalakkan. Presiden HAMKRI mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Rozita dan semua yang telah menjayakan Silatuhrahmi Keroncong Nusantara yang membawa kejayaan acara kolaboratif pertama antara Indonesia dan Malaysia. Dan ia akan berlanjutan tidak lama lagi ke negara-negara jiran Asia seperti Singapura dan Brunei.

Hidup keroncong melalui Silaturahmi Keroncong Nusantara merupakan tema untuk memupuk kestabilan dan saling persefahaman serta persahabatan di antara kita semua. Muzik boleh membawa kita bersama walaupun ada sesetengah lagu akan timbul isu pemilikkan dipolitikkan. Wlaau bagaimanapun, Silatuhrahmi Keroncong Nusantara yang pertama ini memberikan harapan kepada semua bahawa keroncong sedang dinaikkan semula agar kaum muda lebih menghargai dan akan tetap menjadi warisan budaya kita.

Blogger Propa Rangers: Otomen Taro
Share on Google Plus

About Faizol Hafizi

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment