PROPA RANGERS, NIOSH & SAFETY PASSPORT



Pada 2 September 2011, Negara digemparkan dengan pemergian seorang jurukamera BERNAMA Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan di Somalia. Namun insiden maut tersebut semakin dilupakan dan ramai petugas media kembali menjalankan tugas yang berisiko tinggi tanpa memakai peralatan perlindungan sesuai serta pengetahuan tentang bahaya yang bakal dihadapi.


Berikutan dari itu, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye menegaskan yang pihak majikan perlu peka dan menyediakan peralatan keselamatan serta perlindungan perubatan dan kesihatan yang sesuai buat pengamal media.
Beliau yang merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan untuk warga media (OSH for Media 2017) menganggap majlis ini mampu menimbulkan kesedaran mengenai kepentingan meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di kalangan media.







Kami seluruh warga PROPA RANGERS amat menyokong program ‘Safety Passport’ atau passport keselamatan yang disarankan oleh Tan Sri Lim Lam Thye kerana melalui program tersebut, para pengamal media samada media cetak mahupun elektronik akan mempelajari aspek keselamatan dan kesihatan seperti pertolongan cemas dan tindakan kecemasan. Jadi para pengamal media boleh menganalisa risiko kerja dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian dengan keadaan semasa menjalankan tugas membuat liputan.

Kami amat tersentuh dengan keprihatian beliau apabila beliau berkata “tugas utama pengamal media adalah untuk mendapatkan berita dan bukannya menjadi bahan berita”.
Semasa majlis berlangsung kami juga ditunjukkan Demostrasi aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Dalam Demostrasi tersebut, kami ditunjukkan bagaimana menghadapi sesuatu bahaya dan langkah-langkah pelaksanaannya.  





Sepanjang program berlangsung banyak maklumat dan pengetahuan yang diperolehi. Kami PROPA RANGERS sepakat besetuju program ini harus dimanfaat dan diberi kerjasama dari semua aspek jabatan dan organisasi pengamal media samada media cetak mahupun media elektronik. 

Selesai program ini, setiap pengamal media diberi sijil Penglibatan NIOSH dan buku 'ADVOCATING OSH FOLL ALL - LEE LAM THYE ' yang penuh dengan informasi tentang perjalanan beliau dan seluruh warga NIOSH dalam memperjuangankan misi & visi NIOSH.









Kami seluruh warga PROPA RANGERS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Nicky atas jemputan ke Majlis yang penuh dengan pengetahuan. PROPA RANGERS berharap warga blogger akan memberi sokongan dan komitmen untuk menyertai penglibatan program 'Safety Passport' yang akan dilaksanakan nanti. Kerja kerja juga.. keselamatan jangan diabaikan..
SALAM SAYANG DARI PROPA RANGERS!!!!



Share on Google Plus

About ALONG MURNI

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment