Review Tayangan Perdana: Filem Annabelle Creation

Semalam 09 Ogos 2017 merupakan Tayangan Premiere bagi filem seram Annabelle Creation. Filem ini merupakan filem sekuel Annabelle dan kesinambungan bagi The Conjuring.

Aksi Propa Rangers di Tayangan Perdana Annabelle Creation di GSC Mid Valley Megamall

Hampir kesemua pawagam penuh dengan aktiviti tayangan semalam. Filem seram yang mendapat sambutan hangat di kalangan para peminat. 

Filem Annabelle Creation yang diarahkan oleh David F. Sandberg ini mengisahkan seorang pembuat patung, Mr. Mullins yang juga tinggal di kawasan pedalaman bersama isteri dan anak perempuannya, Annabelle atau Bee. Satu tragedi buruk telah menimpa keluarga Mullins di mana anak perempuan kesayangannya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkan kematian. Kesedihan yang dialami beberapa tahun telah memberi sinar harapan baru tatkala sekumpulan anak gadis remaja dan seorang sister mencari tempat perlindungan anak-anak yatim ini. Rumah mereka kembali ceria dengan keseronokan anak-anak gadis ini bermain. Malangnya, roh jahat telah menguasai di rumah itu. Roh jahat menghantui dan mengganggu penghuni rumah dengan ngerinya. Apakah yang akan terjadi kepada penghuni rumah Mr. Mullins? Dapatkah mereka atasi patung puaka Annabelle yang dirasuk roh jahat itu?

Lakonan hebat dari Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia Vela-Bailey, Anthony LaPaglia dan Talitha Bateman.

 

 

2 Pemenang Tiket Wayang ke Tayangan Perdana Annabelle Creation di GSC, Mid Valley Megamall

Apa kata Propa Rangers?

Team Propa telah diberi penghargaan untuk turut serta dalam tayangan perdana filem Annabelle Creation semalam. Penceritaan yang menarik dan dikatakan bukan filem fake jump scare di mana ia tidak menipu para penonton.  

Anda sendiri boleh lihat bagaimana anak patung puaka ini menghantui dan mengganggu manusia?

Bagi anda yang masih tidak berpeluang menonton Trailer Annabelle Creation ini, kami ada menyediakannya di sini.


Jangan lupa untuk saksikan filem seram Annabelle Creation yang kini sudah pun memulakan tayangan Hari Ini (10 Ogos 2017) di pawagam-pawagam berdekatan anda. Tahniah diucapkan kepada 2 pembaca Blog Propa Rangers yang telah berjaya memenangi tiket wayang filem ini semalam. Buat anda yang telah menonton filem ini, Apakah komen anda? Kongsikan di ruangan komen di bawah.

Blogger Propa Rangers: Illya LeYa
Share on Google Plus

About Illya LeYa

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. Bestnyeee...
    Seram tak agak2nye...

    ReplyDelete
  2. Macam best je... Tapi risau kalau seram sangat ni..

    ReplyDelete