Idayu Juara AF Megastar 2017

Setelah 8 minggu bertanding, akhirnya terjawab sudah Siapakah Juara AF Megastar 2017. Menepati ramalan ramai, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dan peserta paling konsisten, Nur Farah Idayu Yaakob atau Idayu telah muncul dinobatkan sebagai juara program realiti AF Megastar pada Konsert Akhir di Royal Theater Shah Alam malam tadi.

Susulan kemenangan itu, Idayu, 32, menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, trofi AF Megastar dan pakej percutian ke Turki. Dalam pada itu, Idayu telah berjaya menewaskan pesaing terdekatnya Bob, Syamel, Marsha dan Shahir. 


Pada konsert final, semua pelajar diberikan dua tugasan iaitu menyampaikan sebuah lagu penyanyi lain dan sati lagu baharu masing-masing. Bagi saingan akhir, Idayu telah tampil dengan lagu My All, nyanyian asal Mariah Carey dan lagu baharunya berjudul Selamanya hasil ciptaan Amylea Azizan. 

Lagu-lagu baharu dari kesemua finalis itu juga mendapat tempat di hati peminat. Marsha telah pun mempersembahkan lagu Pilihlah Aku (Krisdayanti) dan lagu baharu ciptaan Ezra Kong, Omar K dan Dilyla Khalid bertajuk Hilang. Manakala Bob pula menyampaikan lagu baharu berjudul Terbuang Dalam Pelukan hasil ciptaan Hafiz Hamidun dan Bukan Dia Tapi Aku (Judika).


Sementara itu, Syamel muncul dengan Seniman Menangis (Datuk Jamal Abdillah) dan lagu baharu ciptaannya sendiri berjudul Biar Cinta. Shahir pula dengan lagu Mama Jangan Pergi ciptaannya bersama Awi Rafael dan lagu Tapi Bukan Aku (Kerispatih).

Syamel juga turut memenangi Anugerah Ultimate Performer AF DHerbs yang menawarkan hadiah baucar beli-belah bernilai RM3,000 serta trofi. Anugerah Terlajak Megastar pula dimenangi Marsha yang menawarkan wang tunai berjumlah RM10,000.


Konsert Akhir Megastar sungguh meriah dan ditambah lagi dengan gandingan Joe Flizzow dan Sonaone serta Alif Satar yang turut menghiburkan para penonton dalam segmen selingan. Pengacara tersohor Malaysia, Datuk Aznil juga tampil dengan baik dan menghiburkan.

Juri dan pengkritik tetap seperti Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta juri jemputan iaitu Datuk Awie juga memberikan Konsert Akhir Megastar 2017 sangat gembira dan menyeronokkan. 

Apa-apa pun persembahan kesemua finalis di Konsert Akhir Megastar 2017 memang terbaik dan mantap suara mereka. Tahniah diucapkan kepada Idayu atas kemenangan ini. 
Share on Google Plus

About Illya LeYa

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments:

  1. Tahniah buat Idayu walaupun saya taj follow rancangan ni

    ReplyDelete