Touch N Go Meraikan Aspirasi TN50


KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2017 - Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) meneruskan jelajahnya ke ibu pejabat Touch N' Go Sdn Bhd (TNGSB) di Bangsar Selatan bagi menghadiri satu sesi dialog TN50 yang bertajuk "Leading the nation towards a cashless society". Sesi dialog ini telah menyaksikan seramai lebih 100 kakitangan Touch n' Go dalam memberikan idea dan aspirasi mereka terhadap hala tuju negara pada tahun 2050 nanti.
 
Sesi dialog dimulakan dengan ucapan ringkas dari Ketua Pegawai Eksekutif TN50, Encik R. Effendi Razali dan kemudiannya diteruskan pula oleh Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB, Encik Syahrunizam Samsudin untuk berkongsi idea dan aspirasi beliau bersama warga Touch n’ Go.
 

TNGSB juga melancarkan kad edisi terhad "TNG-TN50" yang direka khas secara eksklusif bertemakan aspirasi TN50 yang akan mula berada di pasaran mulai November 2017 ini. Kad edisi terhad ini merupakan kerjasama strategik antara TNGSB dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha merealisasikan aspirasi generasi muda ke arah merealisasikan masyarakat tanpa wang tunai. 
 
Kad edisi terhad ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kad Touch n' Go lain yang mana ia juga membolehkan orang ramai menggunakannya sebagai mod e-pembayaran di plaza tol, rangkaian pengangkutan awam, tempat letak kereta dan premis-premis peruncitan. 
 
Menurut Syahrunizam, kad "TNG-TN50" ini boleh didapati di hub Touch n' Go yang berada di Bangsar South, NU Sentral - KL Sentral dan Wisma Nufri, Johor Bahru. Ia juga boleh didapati melalui pesanan secara online di www.lazada.com.my. Harga bagi setiap satu dijual dengan harga RM15.
 
Majlis ini turut dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin yang juga disaksikan oleh Encik R. Effendi dan Encik Syahrunizam. 

Share on Google Plus

About Faizol Hafizi

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment