[Box Office] Pecah Panggung Dengan Movie Ah Boys To Men 4

 

Hai semua... Asalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Filem Francais Singapura Terlaris "Ah Boys To Men" kembali ke pawagam!! Pengarah Jack Neo Membawa "Rekrut Tentera" Mengunjungi Malaysia.
Baru-baru ini tergempar apabila sebuah filem ke 4 untuk francais Singapura kesukaan ramai "Ah Boys to Men" (ABTM) telah muncul kembali di pawagam. Tayangan perdananya berjaya meraih RM8 juta dalam seminggu sejak ditayangkan pada 9 November 2017 yang lalu. Dua tahun selepas keluaran terakhir, Jack Neo mengarah kumpulan pelakon yang sama ke layar perak sempena ulang tahun Servis Nasional Singapura yang ke-50. Jack Neo serta pelakon-pelakon Utama Tosh Zhang, Wang Wei Liang, Joshua Tan, Noah Yap, Hafiz Aziz, Maxi Lim, Jaspers Lai, Ryan Lian dan pelakon wanita terbaru Apple Chan telah mempromosikan filem tersebut di Malaysia daripada 20hb sehingga 22hb November 2017.
Pengarah Jack Neo & Barisan Pelakon Utama
Cheq Sempoi
(Propa Rangers)

Sekuel Yang Penuh Cabaran
"ABTM 4" mengisahkan kepulangan teruna-teruna angkatan tentera yang dipanggil untuk latihan dalam kem di bawah Armored Formation of the Singapore Armed Forces. Pengarah mengatakan bahawa mereka banyak mengalami kesusahan dan masalah untuk membikini filem ini. Baget permulaan untuk filem tersebut adalah sebanyak SG$2.5 juta, tetapi ia telah meningkat sebanyak SG$700,000. "Namun cabaran yang terbesar kami hadapi adalah keadaan cuaca. Amat susah untuk ditentukan dan pihak tentera mempunyai peraturan-peraturan yang amat ketat di mana latihan tidak boleh dilaksanakan jikalau ia terlalu panas atau terlalu lembap, dan ini menghadkan masa perfileman," katanya.

Barisan Pelakon Utama
Tosh Zhang & Apple Chan
(Watak Utama)
Pengarah berkata "ABTM 4" masih bertumpuan kepada keakraban persahabatan di antara mereka dan elemen-elemen lain seperti cabaran-cabaran latihan tentera, keluarga dan cinta. "Di Singapura, semua lelaki semestinya mengalami Servis Nasional, dan ramai yang ingin tahu. Kali ini, saya telah memilih SAF Armour Unit sebagai tema kami, terutamanya mereka yang ingin tahu unit ini," tambahnya.

Sedikit Info Ringkas Mengenai Tayangan Filem "AH BOYS TO MEN 4"

Tarikh Tayangan : 23 November 2017
Sarikata : Melayu, Inggeris & Cina
Bahasa : Inggeris & Mandarin
Genre : Komedi
Pengarah : Jack Neo
Pelakon : Tosh Zhang, Wang Wei Liang, Joshua Tan, Noah Yap, Charlie Goh, Ben Logan SNG, Kishan J., Hafiz Aziz, Foo Chay Yeow, Hanrey Low, Maxi Lim, Jaspers Lai, Ryan Lian dan pelakon wanita terbaru Apple Chan.

Sinopsis Filem 

Filem Box Office paling berjaya di Singapura kini kembali!!!. Setelah menamatkan latihan khidmat negara secara sepenuh masa, Lobang, Aloysius, Sergeant Ong, dan Ken Chow, masing-masing mula sibuk dengan kehidupan mereka sebagai orang awam.
Apabila mereka dipanggil semula untuk terlibat kembali dalam latihan bersama unit ketenteraan Singapura (SAF Armour Unit), mereka terpaksa bertungkus lumus untuk membahagikan masa antara bekerja dan berkhidmat untuk negara.
Pelbagai situasi melucukan berlaku apabila mereka kembali berlatih bersama semula. Ancaman musuh timbul dan semangat persaudaraan mereka diuji.???


 Terbaik, menghiburkan, kelakar, keakraban dalam persahabatan, keluarga, cinta dan air mata.
Jom!!! beramai-ramai tonton tayangan filem ini secara ekslusif pada 23 Nov 2017 
di seluruh pawagam berhampiran anda. 
Share on Google Plus

About rohani ani

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. Memang kelakar habis..gelak senyum sampai hbs cerita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali... Terima kasih kerana sudi singgah ke Laman Blog Propa Rangers.

      Delete