4 Pemuda Buktikan Dunia 'Gaming' Ada Masa Depan dan Kerjaya


Rasanya dah ramai di antara kita pernah terbaca dan melihat berita yang menyatakan dengan hanya main game, boleh jadi kaya dan jutawan.

Namun, ianya mungkin baru untuk negara kita. Tapi tidak pada negara Eropah dan benua Amerika yang mana dunia 'gaming' sudah menjadi bidang kerjaya mereka.

Mungkin masih ada lagi yang beranggapan main game adalah aktiviti membuang masa tetapi sebenarnya ia mampu menjana pendapatan lumayan jika betul pada landasannya.


Contoh yang kita boleh lihat adalah 4 pemuda yang sangat handal dari Team Orange ESports Royal Flush ini iaitu:
  1. Hasan "Old" (Coach & Captain)
  2. Fridza "Access"
  3. Hakim "P3rlis"
  4. Imran "JohnMalaya"
Berbekalkan minat, keempat-empat dari mereka masih bekerja dan belajar serta menjadikan arena games sebagai bidang separuh masa mereka.

Walaupun hanya sekadar part time, namun mereka mempunyai disiplin dan motivasi yang sangat tinggi. 

Tahukah anda Team Orange ESports Royal Flush menjalani latihan insentif selama berjam-jam? Rata-rata mereka akan berlatih selama 6 hingga 8 jam setiap hari semata-semata untuk menggilap kemahiran mereka.

Jika tiada halangan, mereka akan berlatih selama 12 jam bagi mendapatkan prestasi yang terbaik. Ya, 12 jam!

Menarik bukan?
Pasukan hebat ini mungkin akan menunjukkan taring mereka di festival GEGARIA bagi merebut hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM10,000!

http://proparangers.sharethisstory.net/my-1228840-11906?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

Jangan lupa untuk block kalendar anda pada 13 Januari 2018 dan hadir  ke #GEGARIA bertempat di Setia City Convention Center, Shah Alam.
Share on Google Plus

About Faizol Hafizi

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments:

  1. Sekarang ni apa-apa minat pun boleh dapat duit, boleh berjaya kalau betul2 serius nak buat..

    ReplyDelete