Hadiah Bermakna Sempena Kelahiran Siti Nurhaliza


Alhamdulillah... Sempena kelahiran Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke-39 semalam, 11 Januari 2018, beliau telah berkongsi berita gembira dengan peminatnya di laman Instagram milik biliau @ctdk mengenai jantina anak yang dikandungnya.

Melalui video tersebut, Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengumumkan yang beliau bakal melahirkan anak perempuan.

Syukur kehadrat Allah S.W.T. atas kurniaan anugerah yang tak ternilai ini. Bagi Siti ia adalah hadiah yang paling bermakna untuk kali ini. InsyaAllah, apa yang dinanti-nanti selama ini akan menjadi kenyataan. Selama 11 tahun menanti, doa Siti dan suami akhirnya dimakbulkan.

"Doktor mengesahkan kandungan Siti adalah puteri. Doakan semoga puteri kami sihat sempurna menjadi anak solehah... InsyaAllah. Doakan semuanya akan selamat ye nanti," kata Siti yang juga sedang bercuti di Singapura bersama keluarga.

Menurut Siti lagi, satu tanggungjawab yang besar bakal disempurnakan ini bukanlah satu tugas yang mudah. 

"Jadi, sebab itulah Siti menghargai pengorbanan ibu. Siti ucapkan jutaan terima kasih sempena kelahiran hari ini buat ibu tersayang. Selalunya, dikala hari lahir, orang akan ingat empunya diri sahaja."

"Sepatutnya kita hendaklah ingat ibu kita yang bertarung nyawa untuk melahirkan Siti dan juga kepada arwah ayah. Tak ada mereka... tak wujudlah Siti Nurhaliza dimuka bumi ini."

"Siti juga bersyukur di usia 39 tahun ini, Allah beri banyak keberkatan dan keistimewaan. Siti akan sentiasa mengingatkan diri untuk bersyukur dengan semua nikmat yang diberi."

Sejak pagi semalam, sempena ulang tahun kelahiran Siti, banyak stesen radio telah menyediakan segmen khas dengan memutarkan lagu dendangannya. Antaranya adalah Hot FM, Kool FM, Sinar FM, Suria FM, Best FM dan Gegar FM.

Sumber: Berita Harian
Share on Google Plus

About Illya LeYa

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. lupa lak 11hb besday siti. tak buka pun radio dalam kereta. rugi2 huhuhu

    ReplyDelete
  2. Seronok tengok Dato Siti pregnant.. Berseri-seri...

    ReplyDelete