Single Terbaru Seven Collar T-Shirt, Lines

 
Laguna Music membawakan single terbaru Seven Collar T-Shirt, 'Lines' dari album terbaru yang bakal siap pada April 2018. 

Sebuah produksi rakaman Jeffrey Little, 'Lines' menampilkan muzik yang epik serta alunan melodi yang amat lantang dan bersemangat dari Saiful Ridzuan yang mana berbeza sekali dari rakaman mereka sebelum ini. 
 
 
Single Terbaru Seven Collar T-Shirt, Lines
 
Seven Collar T-Shirt telah bertapak dalam industri muzik tanah air selama 21 tahun lamanya. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1997 bersama ahli anggota asalnya Saiful Ridzuan, Muhammad dan juga disertai ahli baru iaitu Adil Ali dan Sim Keng Lee.
 Mereka telahpun menghasilkan tiga album Freeway Dreaming & Broke (2002) , Drones (2004) yang juga tercalon dalam kategori Album Inggeris Terbaik di AIM 2005 dan The Great Battle (2009), album ketiga mereka juga tercalon untuk Album Inggeris Terbaik dan juga Kulit Album Terbaik di AIM 2010. 
 
 
Album keempat yang dinantikan ramai ini bakal mewarnai industri muzik tanah air yang akan menonjolkan kematangan dalam setiap hasil penulisan lagu mereka.
 
Muzik video terbaru bagi 'Lines' yang telah diarahkan oleh Jordan Suleiman dan ÍCara merupakan konsep futuristik yang kini boleh ditonton di laman Youtube Laguna Music, https://youtu.be/2z2ic2z1Wk4.
Share on Google Plus

About Faizol Hafizi

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment