Jampi Merangkul Kejuaraan AJL 32


Lagu "Jampi" ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini muncul juara dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Seperti dipukau dengan persembahan yang berwarna merah dan unik, Hael Husaini berjaya menJAMPI peminatnya malam tadi dengan kemenangan yang beliau cipta. Kemenangan lagu Jampi yang dinyanyikan Hael telah membawa pulang hadiah wang tunai berupa RM50,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

Sementara itu, Naib Juara dimenangi oleh komposer Faizal Tahir dan Mike Chan dengan lagu berjudul "Sejati" yang telah dipersembahkan oleh vokalis Caliph Busker, Azmi Saat. Mereka membawa pulang wang tunai RM35,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Tidak ketinggalan Haqiem Rusli dengan lagunya "Tergantung Sepi" ciptaan Ibnu dan Gouffran berjaya meraih tempat ketiga dan menerima wang tunai sebanyak RM20,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

 

Turut diumumkan Vokal Terbaik pada malam itu ialah lagu berjudul "Aku Cinta" dendangan Syamel dan Ernie Zakri. Mereka membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop RM2,000. Lagak dan aksi persembahan yang penuh bertenaga malam itu dimenangi Altimet dengan nyanyian yang disampaikannya, "Amboi" telah menggungguli sebagai Persembahan Terbaik. Altimet menerima wang tunai RM12,000 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Majlis yang penuh gilang gemilang itu turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Pengerusi Media Prima Bhd (MPB), Tan Sri Ismee Ismail.

Persembahan 12 orang finalis AJL telah diadili oleh 10 juri professional pelbagai latar belakang iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Edrie Hashim dan Aizat Amdan. Manakala Azmeer bertindak sebagai ketua juri.

Acara muzik tahunan yang berprestij tempatan, AJL 32 telah mengangkat tema "Fesyen dan Muzik" sebagai tema persembahan.

Lagu bertanding AJL 32:-
  • Akhirnya, Cinta - Salma (Ajai/Slen)
  • Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri (Syamel)
  • Aku Yang Sebenar - Hazama & The Penglipur Lara (Datuk M Nasir/Ad Samad)
  • Amboi - Altimet (Navigator/Altimet)
  • Bayang - Khai Bahar (Alam Harry Khalifah/Patrick Anohada)
  • Jampi - Hael Husaini (Ezra Kong/Hael Husaini)
  • Lebih Sempurna - Syamel (Syamel/Edry Abd Halim/Boy Anaz)
  • Menahan Rindu - Wany Hasrita (Ibnu/Gouffran)
  • Sejati - Azmi Caliph Buskers (penyanyi asal Faizal Tahir) (Faizal Tahir/Mike Chan)
  • Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah (Ajai)
  • Tergantung Sepi - Haqiem Rusli (Ibnu/Gouffran)
  • Warkah Untuk Mu - Ara Johari (Hang Nadim/Laq)
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. Terbaik.. tahniah kpd semua pemenang mengimarahkan lagi persada muzik tanah air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Pemenang-pemenang memang hebat-hebat belaka.

      Delete