SpaceX Lancar Roket Paling Berkuasa


Di Miami, Amerika Syarikat telah tergempar di mana SpaceX melakukan ujian pelancaran pertama roket Falcon Heavy pada hari ini. Ia juga dikatakan bakal menjadi roket paling berkuasa di dunia serta mampu sampai ke bulan atau planet Marikh pada masa depan.

Pelancaran itu dijadualkan bermula pada jam 1.30 petang (waktu tempatan) di Cape Canaveral, Florida. Difahamkan lagi, projek itu adalah impian tertinggi SpaceX. Ramai pakar industri berkata, roket itu mampu mengubah hala tuju industri dan berpotensi meletakkan syarikat California itu di hadapan perlumbaan angkasa moden.


"Agensi Aeronautik dan Angkasa Nasional (NASA) berkemungkinan besar akan menggunakan roket ini untuk mempercepatkan rancangannya pergi ke bulan atau Marikh," kata Profesor Madya Sains Gunaan di Universiti Aeronautikal Embry-Riddle, Erik Seedhouse.

Pelancaran yang berlangsung hari ini itu adalah sesuatu yang sangat besar.

Sumber: Berita Harian
Share on Google Plus

About Faizol Hafizi

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment