Tidak Perlu Terburu-Buru - Remy Ishak

REMY memberi ucapan pada majlis pelancaran pakej percutian Kowamas Holidays bersama kelab peminatnya di D’Tunjong Banquet Hall, Kota Damansara, di sini.

Soal perkahwinan ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Jika belum bersedia, eloklah buat persediaan secukupnya dahulu sebelum bergelar pasangan suami isteri. Lagipula kehidupan selepas berkahwin juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar lebih-lebih lagi bila dikurniakan cahaya mata. Ya! Sememangnya anak itu anugerah Allah. Namun, jika anak itu sendiri terabai dek sikap kita para IbuBapa yang sambil lewa, sebaiknya kita berfikir dahulu jika belum cukup persediaan untuk berkahwin.

Pada 11 Februari 2018 lalu, Team Propa Rangers berpeluang menghadiri Majlis Makan Tengah Hari bersama Remy Ishak di samping beliau juga melancarkan pakej percutian Kowamas Holidays bersama kelab peminatnya di D’Tunjong Banquet Hall, Kota Damansara.


Dalam majlis itu juga, Remy Ishak, 36, memberi ucapan tentang isu perkahwinannya mahu perancangan yang sempurna dan bukannya terburu-buru. Pelakon yang sedang meningkat naik menerusi siri Kekasih Paksa Rela yang disiarkan di slot Akasia, TV3 itu juga tidak ingin perkara yang sama berlaku kepada kedua ibubapanya yang telah bercerai. Dibesarkan dalam keluarga yang menyaksikan kedua-dua ibubapa bercerai, Remy tidak mahu menempuhi ‘ketakutan’ itu dan sering menjadi igauan buruk hubungan suami isteri.


Oleh itu, saya mengambil keputusan yang lama untuk mendirikan rumahtangga. Banyak persediaan yang perlu saya tempuhi untuk merapikan perjalanan rumahtangga saya nanti tidak terumbang-ambing.

Lagipula, pertunangan saya baru sahaja diikat dan belum pun sampai setahun. Kami bertunang pada pertengahan tahun lalu. Saya tak rasa akan berkahwin pada tahun ini.

Kemungkinan tempoh perkahwinan itu boleh jadi setahun atau lebih. Sebagai seorang lelaki yang akan menjadi suami, ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memikul tanggungjawab itu nanti. Terlalu banyak persiapan yang perlu saya lakukan.

Sekarang ni pun saya tengah berusaha kerja keras mengumpul perbelanjaan. Bukan hanya untuk perkahwinan sahaja, malah ia juga untuk memastikan masa depan yang baik dan harmoni,”katanya kepada sidang media pada Ahad lalu.

Remy Ishak yang telah mengikat tali pertunangannya dengan seorang ahli perniagaan, Roszaliza Yusof pada Mei lalu belum lagi membuat keputusan muktamad untuk tarikh pernikahan mereka. Remy juga berpendapat beliau juga menghadapi cabaran sama dengan pasangan lain ketika tempoh pertunangan itu.

Asam garam kehidupan. Ada pasang surutnya. Team Propa Rangers mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon hebat, Remy Ishak ini. Semoga beliau berjaya menempuhi segala dugaan dan cabaran yang datang.

Photographer Propa Rangers: Yusri Ibrahim
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment