Vessbroz Tampil Lagu Electro Pop Dalam Album Lost


Album “Lost” dari kumpulan Vessbroz yang menampilkan lagu Electro-Pop sudah bersiap sedia untuk melancarkan album antarabangsa yang pertama dengan menggabungkan artis dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia. 

Dua beradik yang berasal dari Iran ini kini menetap di Malaysia iaitu Armia dan Arsham yang merupakan ahli kumpulan Vessbroz. Mereka menyanyi dan juga merupakan EDM (Electronic Dance Music), DJ dan Remixing Duo. Sebab itulah lagu-lagu yang dihasilkan semuanya segar dan rancak didengar. Admin sudah pun mendengar dan menghayati album “Lost” ini. Anda juga patut menghayati setiap bait lagu-lagu yang ada dalam album ini.



Album “LOST” Memupuk Semangat Keamanan Global

Ia telah menjadi satu usaha besar untuk mengumpulkan kesemua artis ke dalam satu album bagi memupuk semangat keamanan global. Album “LOST” adalah campuran beberapa genre muzik untuk mencipta sesuatu yang sangat unik, hasilnya, ia mempunyai Electro-Pop sebagai genre utama dan House Music sebagai genre kedua. Vessbroz telah mencipta bunyi unik mereka terutama pada drum. Album “LOST” telah ditetapkan sebagai Album Rasmi bagi Filem Inggeris Malaysia yang mempunyai bajet yang besar yang berjudul “C144”. Lagu ini juga menjadi lagu tema untuk file mini. Beberapa buah lagu dari album ini akan diselitkan di dalam filem ini juga.



Album pertama ini dilancarkan selepas Vessbroz melancarkan sepuluh (10) 'singles" tahun lepas. Walaupun baru memasuki industri muzik pada tahun 2015, Vessbroz telah berjaya menyampaikan lagu-lagu dari genre "deep house" sehingga "dance floor". Sebagai jurutera audio yang mahir dengan latar belakang belajar muzik klasik, selain bunyi EDM yang mereka telah dikenali, ia membantu mereka mencapai kejayaan dalam dua (2) pertandingan antarabangsa tahun lepas untuk Lagu "Original" Terbaik dan Video Muzik Terbaik. Dengan lebih daripada 1,000,000 "views" atas Vevo & YouTube dan lebih daripada 4.35 juta pendengar di Soundcloud, mereka telah membuktikan diri mereka mempunyai kedalaman dan keluasan sebagai Penerbit Musik / Artis Muzik. Pada April 2017, Vessbroz telah melancarkan "Single" berjudul "Dreams" di pelbagai platfom sosial media dan dalam talian. Ia terus menjadi "viral". Lagu tersebut mendapat sambutan hangat dan testimoni yang positif daripada banyak orang. Ia bahkan juga dipaparkan pada Blog Rasmi 50 Cent dengan komen ini:

"Video muzik terbaru Vessbroz sedang "viral" !!!! Vessbroz telah mengeluarkan video muzik baru berjudul "DREAMS". Mereka menulis dan membuat lagu ini tentang kehidupan mereka! Semak video muzik yang hebat ini."



Sejajar dengan pelancaran Album Antarabangsa pada November 2017 dan pelancaran Filem "C144" akhir tahun depan, Vessbroz akan mengadakan Lawatan Promosi ke China, Hong Kong, Thailand, Indonesia & London, serta lawatan ke seluruh Malaysia. Album ini akan diedarkan di bawah label Sony Music Malaysia. Untuk menambah impak yang lebih besar untuk Lawatan Promosi, Vessbroz akan mengedarkan satu video lirik dan satu video muzik untuk setiap lagu yang terkandung di Album ini.



Antara artis Malaysia yang terlibat (menyanyi) di dalam album ini ialah Farahdhiya, Dato' Zainal Abidin dan Nadeera.



Untuk maklumat lanjut, permintaan promo atau untuk membuat temu bual, sila hubungi:

Sam Kassim
Pengurus Promosi
Telefon: +60192112288
Laman Web: www.vessbroz.com
 Platform Vevo: VessbrozVevo


Disediakan oleh: Blogger LeYa dan Otomen Taro.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment