Festival KL Hujung Minggu | Vespa Autoshow 2018

Festival KL Hujung Minggu merupakan inisiatif Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam menggalakkan pembudayaan keusahawanan untuk membangunkan nilai keusahawanan di kalangan belia ke arah dinamik dan agresif. Salah satu objektif keusahawanan MARA adalah membuka peluang kepada golongan belia untuk menyertai bidang keusahawanan terutamanya dalam perniagaan seperti lifestyle dan food and beverages.

Pada hari Ahad, 25 Februari 2018, Team Propa Rangers berpeluang menyertai program di Festival KL Hujung Minggu untuk aktiviti Vespa Autoshow
Festival yang dianjurkan ini berkonsepkan hipster yang mana ia mengikut peredaran masa yang lebih moden dan kreatif dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti food truck, fashion and lifestyle, food and beverages dan juga menonjolkan konsep yang berbeza dari kebiasaan. Namun, kali ini, Team Propa Rangers kali ini hadir untuk aktiviti Vespa Autoshow yang rekabentuk motor-motor mereka sangat cantik dan rare.



 

 


Sejujurnya, pameran Vespa Autoshow ini dapat memupuk semangat berpasukan dan hobi yang positif kepada para belia. Selaras dengan kata-kata menteri yang ingin mengurangkan masalah gejala sosial di kalangan golongan muda dengan menyertai program-program yang menarik seperti ini.

 
 

Satu aktiviti yang hebat dan seronok dapat sertai program permotoran seperti ini kerana ia memupuk semangat positif dan mempunyai matlamat dalam meningkatkan kualiti sesuatu pasukan. Jadinya, Admin rasakan imej riders lebih dipandang mulia dan baik serta tidak lagi dipandang serong oleh segelintir masyarakat dengan lahirnya program-program menarik untuk aktiviti penunggang motorsikal. 

Di samping dapat mengisi masa yang lebih berfaedah di hujung minggu, kita juga dapat menikmati pemandangan yang indah di Bandaraya Kuala Lumpur.

 
Sidang Media Festival KL Hujung Minggu | Vespa Autoshow 2018
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

3 comments: