Memperkasa Pelancongan Bagan Datuk, Perak

Antara aspirasi pembangunan sosio-masyarakat kini adalah membangunkan Daerah Bagan Datuk yang terletak di Perak melalui produk tempatannya, kelapa. Perancangan dan pelaksanaan strategik yang dirancang perlu dijayakan sebaiknya, antaranya mewujudkan keharmonian hubungan masyarakat bersama pelancong agar matlamat tercapai.

Bagan Datuk terkenal dengan kelapanya yang terbaik dan berkualiti sehingga di eksport ke beberapa negara antarabangsa. Oleh yang demikian, demi memperkasakan lagi sektor agro pelancongan ke persada dunia, pihak penganjur Malaysia Tourism Council (MTC) dengan kerjasama Malaysian Inbound Tourism Malaysia (MITA), Pertubuhan Peladang Kawasan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Kraftangan Malaysia dan FAMA telah bawakan khas Dato' Seri Diraja Dato' Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Perasmian dan Sembang Santai Potensi Pelancongan Bagan Datuk di Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Perak pada 24 Mac 2018 bersempena Hari Pelancongan MITA.


Memperkasa Agro Pelancongan Malaysia

Bagan Datuk merupakan sebuah projek perkongsian awam-swasta untuk membangunkan agro pelancongan daerah ini dengan meningkatkan pendapatan rakyat dengan menambah hasil dan usahawan tani. Ia juga mampu meningkatkan sektor pertanian berkembang maju menjadi industri yang kukuh dan mencukupi bekalan makanan. Jadi, pengendali dan penggiat industri pelancongan tempatan diminta bergabung tenaga bagi membentuk sebuah Persatuan Tindakan Pelancongan Bagan Datuk untuk menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini.

Satu penghargaan diberikan kerana mampu menghargai anugerah alam, nilai kebudayaan sesuatu tempat dan juga potensi agro pelancongan yang mana ia memberi input berharga bila berpeluang menyertai agro pelancongan bersama MTC di daerah ini.

Selain itu, ia juga diadakan bersempena Hari Pelancongan MITA dan juga Karnival Pelancongan Industri Kecil & Sederhana yang menjadi antara komitmen MTC dalam usaha mempertingkatkan sektor pelancongan desa. Wakil MTC, media dan bloggers telah berkampung selama 2 hari 1 malam di Bagan Datuk, Perak untuk mengenali pelancongan di situ.





 

Lawatan Kerja Timbalan Perdana Menteri Ke PPK Hutan Melintang

Lawatan Kerja Timbalan Perdana Menteri ke PPK Hutan Melintang telah memperkasakan sektor agro pelancongan di Bagan Datuk akan berkembang pesat seiiring dengan perkembangan teknologi hari ini. Memupuk semangat cintakan tanah air dan tempat kelahiran beliau sendiri, Dato' Seri mengajak orang ramai sama-sama turun padang untuk mempertingkatkan ekonomi pelancongan negara ke mata dunia.

Antara intipati Dato' Seri Ahmad Zahid terhadap pembangunan Bagan Datuk adalah memperuntukkan RM500,000 kepada persatuan yang menjayakan hasrat memperkembangkan industri pelancongan Bagan Datuk ini.

Menurutnya lagi, insentif sebanyak RM100 akan diberikan kepada mana-mana pengendali dan penggiat industri pelancongan yang bernaung di bawah persatuan tersebut dengan memperuntukkan setiap pelancong yang datang ke daerah itu dengan syarat mestilah di luar ASEAN.



Bagan Datuk yang pada asalnya dikenali Bagan Datoh dan sudah wujud lebih 100 tahun telah diisyhtiharkan sebagai sebuah daerah baharu di Perak oleh Sultan Nazrin Shah, Sultan Perak baru-baru ini.

Mempunyai keluasan 94, 969 hektar dan didiami 70,300 penduduk dari 4 mukin iaitu Bagan Datuk, Hutan Melintang, Rungkup dan Teluk Baru yang merangkumi 48 buah kampung.

Dengan inisiatif ingin memperkembangkan lagi sektor pelancongan Bagan Datuk, salah satu lokasi yang para pelancong tidak akan dapat dilupakan adalah Pulau Sembilan di mana ia merupakan satu daya tarikan tercantik dan terindah di Malaysia. 

Selain produk asas tani, kelapa, Bagan Datuk juga memperkenalkan lokasi percutian menarik iaitu Sky Mirror dan Blue Tears yang pasti memukau para pelancong yang datang. Jadi ia adalah satu langkah bijak dengan memberikan inisiatif kepada sesiapa yang membawa pelancong ke daerah ini dan dengan itu sekaligus mencipta nama Malaysia ke persada dunia.

Dengan lokasi yang strategik berdekatan dengan Lembah Klang, Dato' Seri percaya yang Bagan Datuk juga akan maju seperti negeri Melaka.







Majlis turut meriah dengan artis undangan, Maisarah Ukulele yang telah mempersembahkan tiga buah lagu kepada para hadirin yang hadir. Majlis pelancaran ditamatkan dengan rombongan Agro Tourism ke kawasan-kawasan pelancongan di Bagan Datuk.


Sidang Media: Majlis Perasmian Pelancongan Bagan Datuk, Perak


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments:

  1. Bagus kerajaan sebab nak kembangkan bisnes orang kawasan macam ni. Bagan Datuk pun pernah popular dulu.

    ReplyDelete