Pokok Tumbang Hempap Penunggang Motosikal


Pagi ini digemparkan dengan sebatang pokok besar di hadapan Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC), Jalan Ampang tumbang dan telah menghempap dua penunggang motosikal.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 pagi tadi dan telah mengakibatkan lencongan di Jalan Ampang untuk kerja-kerja pembersihan yang diambil alih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
 
 

Menurut salah seorang jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), kedua-dua mangsa itu cedera parah dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan selanjutnya.

Seorang lagi mangsa, Ong Chee Fook, 64, yang merupakan seorang pesara tergamam apabila pokok berkenaan turut menghempap keretanya.
"Ketika itu lampu merah dan saya berhenti kerana menunggu lampu hijau. Dalam tidak sedar, tiba-tiba pokok menghempap kereta dan saya agak pening ketika itu," kata Ong Chee Fook kepada wartawan.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment