Sekitar Majlis Resepsi Veena Azmi Dan Ibnu Yang Meriah


Semalam, 18 Mac 2018, telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan di antara pemilik Veena Hijab & Couture iaitu Veena Azmi dan pasangannya, Ibnu dari Brunei Darussalam di Bizmilla Wedding Centre, The Place, One City, Subang Jaya yang turut dihadiri ahli keluarga serta rakan-rakan.


Seperti Dalam Taman Bunga

Hiasan majlis resepsi yang sangat indah. Bertemakan seperti berada dalam taman, setiap inci hiasan dan tatarias begitu menonjol dengan tema yang diterapkan.
       

Pasangan Yang Sepadan!

Pasangan kedua mempelai ini bertemu tatkala Veena Azmi mengadakan pertunjukkan fesyen di Brunei dan dikatakan Ibnu telah tersesat di negaranya sendiri dan bertemu Veena. Sebuah kisah cinta yang manis sehingga membawa ke jinjang pelamin.

 
Tahniah diucapkan kepada Veena Azmi dan Ibnu. Propa Rangers mendoakan yang terbaik untuk Veena dan sudah pasti menanti pula kehadiran junior baru. InsyaAllah.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

4 comments:

  1. Tahniah kedua mempelai..bestnya tgok majlis perkahwinan gilang gemilang macam ni..nak kawen gak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Terima kasih Suria Amanda.. Okay..boleh je tu..

      Delete
  2. Tahniah kepada kedua mempelai.. mmg cantik dan kacak keduanya.. pelaminan yg indah

    ReplyDelete