Majlis Pelancaran Dakwat Di Jari - Program Khas Politik Wanita Sempena PRU 14


Kuala Lumpur: Bahang PRU 14 telahpun bermula. Telah beberapa hari pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak. 

Ini bermakna tempoh pengundian dan pemilihan kerajaan baru semakin hampir. Baru-baru ini, Rangkaian Media Prima menerusi Stesen TV9  mengambil inisiatif menerbitkan sebuah program khusus untuk wanita telah melancarkan 'Program Dakwat di Jari' iaitu program khas politik wanita selari dengan matlamat kerajaan memperkasakan wanita pada tahun 2018 iaitu salah satu teras Barisan Nasional. Program ini khusus membincangkan pelbagai isu menarik sepanjang tempoh berkempen. 



'Program Dakwat Di Jari' atau DDJ ialah satu program bual bicara yang akan disiarkan secara langsung selama satu jam bermula 5.00 petang di TV9 bermula dari Hari Penamaan calon sehingga sehari sebelum tarikh mengundi. 

Beberapa orang tokoh politik wanita, selebriti dan ahli akademik akan dijemput bagi berkongsi pendapat dan pandangan terhadap isu politik semasa. Statistik membuktikan pengundi wanita adalah lebih banyak berbanding pengundi lelaki. 

Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata, "program bual bicara khas ini memberi peluang kepada wanita menzahirkan pendapat dan buah fikiran mereka untuk lima tahun akan datang menerusi kupasan-kupasan isu yang diperbincangkan". 

Antara topik menarik yang bakal dikupas menerusi program Dakwat Di Jari adalah:

1. Berita Palsu dan kesannya terhadap cara pengundi wanita membuat keputusan.
2. Ikon wanita dalam politik.
3. Apa pengundi muda mahu.
4. Psikologi dan emosi pengundi wanita.
5. Kedudukan wanita dalam Kabinet.
6. Wanita tak lupa janji.
7. Pengaruh wanita dalam PRU14.
8. Proses Pilihanraya bersama SPR.

Lebih dari 51% pengundi adalah terdiri dari wanita dan dijangka menjadi penentu kepada kemenangan calon-calon dari parti yang bertanding didalam PRU14. 

Majlis pelancaran Dakwat Di Jari yang dijangka mendapat sambutan daripada penonton pelbagai peringkat ini menampilkan tiga ikon wanita seperti artis Dira Abu Zahar (Exco Pergerakan Puteri UMNO), Ann Tan (Ketua Wanita MCA, Bahagian Bukit Bintang) dan Dr Zaireeni Azmi (Pensyarah Universiti Sains Malaysia) dan dihoskan oleh Mas Zhariff Aziz Desa dan Hawa Rizwana Redzuan. 


"Politik adalah sesuatu yang luas. Tindakan keluar parti secara tidak langsung telah melibatkan wanita didalam politi. Peratusan menunjukkan golongan wanita yang keluar mengundi hampir sama dan melebihi daripada pengundi lelaki". - Dr. Zaireeni Azmi 

"1.7 Juta ahli berdaftar didalam UMNO adalah wanita. Ini bermakna hampir separuh dari keahlian UMNO adalah golongan wanita. Peranan wanita sebagai pengundi tidak dinafikan dan tidak boleh diperkecilkan". - Dira Abu Zahar

"Wanita MCA melakukan berbagai-bagai aktiviti untuk kaum wanita seperti membantu wanita yang mempunyai masaalah rumahtangga, membantu wanita mencari punca kewangan agar dapat meningkatkan status kewangan mereka sebagai usaha menarik undi golongan wanita kepada parti pemerintah"Ann Tan

Beberapa lagi tokoh-tokoh wanita akan diundang memeriahkan program ini sepanjang 10 hari berlangsung iaitu:

1. Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
2. Datuk Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3. Datuk Heng Siai Kee (Ketua Wanita MCA)
4. Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat)
5. Datuk Mohana Muniandi (Ketua Wanita MIC)
6. Profesor Datuk Sri Zaleha Kamarudin (Rektor UIA)
7. Sherry Al-Hadad (Selebriti)
8. Fazura (Selebriti)
9. Mas Idayu (Selebriti)

Program Dakwat Di Jari ini adalah program terbitan bersama Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad dan Primeworks Studios dengan kerjasama Aidijuma Color Group. 
Share on Google Plus

About bonda chanteq

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments:

  1. Patut grup senyap je..ramai takde ni pi event...hehehe..

    ReplyDelete