Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam


Jakel Barulah Raya” kini kembali lagi dengan lebih meriah dan menawarkan lebih 1,000 koleksi pakaian raya kali ini.

Pembekal dan pemborong tekstil terkemuka, Jakel Trading Sdn Bhd (JAKEL) turut menawarkan sejuta koleksi pakaian raya buat semua kali ini.

Pengarah urusan kumpulan Jakel Shah Alam, Tuan Hj Mohamed Izani bin Mohamed Jakel berkata tawaran berkenaan meliputi koleksi pakaian raya terpilih daripada Duta Raya kali ini iaitu Upin Ipin, Nabil Ahmad, Awal Ashari, Scha Al-Yahya dan anak Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan anaknya Yusof Iskandar.

Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan. Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama ketika musim perayaan. Di samping menitik beratkan soal kualiti, tawaran harga yang dipasarkan juga memainkan peranan penting.

Jadi, kesedaran itu telah membuatkan gedung tekstil Jakel mengambil inisiatif dengan berperanan sebagai "one stop centre" bagi memudahkan pelanggan mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung.


Menurut pengurus Jakel Shah Alam lagi, tahun ini Jakel menawarkan kepelbagaian rekaan fesyen terkini kepada lelaki, wanita dan kanak-kanak dengan kadar harga yang berpatutan dan juga hadiah percuma.

Koleksi pakaian raya wanita terdapat lebih 200 rekaan dengan menampilkan dutanya ialah Scha Al-Yahya, Hanis Zalikha dan Ayda Jebat dengan lima pilihan warna serta saiz yang banyak. Manakala bagi koleksi baju Melayu lelaki pula, pelanggan boleh memilih sama ada dari koleksi Nabil Ahmad, Aaron Aziz dan Awal Ashaari. Pelanggan juga akan memperolehi samping kain benang secara percuma dan sangat selesa digayakan sepanjang hari.

Bagi yang berbadan sedikit gempal pula, kini pelanggan boleh mendapatkan koleksi pakaian raya Harith Iskandar yang menawarkan saiz sehing 5XL. 

Pada mereka yang meminati kurta pula, boleh cuba dapatkan koleksi Hairul Azreen. Jakel juga turut menyediakan koleksi baju Melayu kanak-kanak Upin Ipin seawal usia 1 tahun hingga 12 tahun dengan tawaran samping serta butang baju Melayu Upin Ipin percuma.

Duta koleksi pakaian raya kanak-kanak yang pasti akan menambat hati anak-anak anda adalah Yusuf Iskandar dan Lara Alana dengan koleksi pakaian raya mereka yang sangat comel dan menarik.




Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Jakel Barulah Raya di Jakel, Shah Alam, bolehlah ikuti info terkini di media sosial

Instagram

Facebook

Official Photographer: Yusri Ibrahim & Faizol Hafizi (Otomen Taro)

#jakelbarulahraya #ingatrayaingatjakel #PropaRangers 
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment