Kami Menjerit, Allahuakbar...

 
Kredit Foto: Harian Metro

PORT DICKSON | "Ketika itu, kami hanya melaungkan Allahuakbar dan menangis sekuat hati,” kata Ain Zulaika Zamuri, 19, selepas rakannya yang juga penuntut kolej ditemui mati dipercayai akibat dibunuh di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di Port Dickson, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia Hairi, 19 yang juga merupakan penuntu Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui orang awam dan kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Menurut Ain Zulaikha Zamuri, 19, berkata, sebelum kejadian, Nur Alya Damia yang juga rakan sekelas dan sebiliknya itu ada memaklumkan ingin keluar untuk bertemu teman lelakinya di kawasan berdekatan kira-kira jam 9.00 malam.
Penuntut Diploma Rangkaian Komputer itu berkata lagi, berikutan tidak sedap hatinya, dia terus menghubungi teman lelaki mangsa dan terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu tidak pun pergi bergi bertemu Nur Alya Damia.
Oleh yang demikian, Ain Zulaikha pantas mencapai kunci motosikalnya bersama dua lagi rakan sebilik untuk bertindak mencari Nur Alya Damia. Sebaik sahaja tiba di Taman PD Permata, mereka sudahpun melihat anggota polis dan orang ramai berkumpul di tepi jalan.
Ketika mendekati kawasan itu, Ain terkejut apabila mendapati mayat itu adalah Nur Alya Damia.
“Tidak disangka perkenalan kami begitu singkat kerana kami masih berada di semester pertama," katanya.
Ain Zulaika berkata, mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Klang, Selangor.
Sementara itu, saksi kejadian Izwan Mustaffa, 30 berkata, dia menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya.
Dia yang ketakutan kemudian memaklumkan jiran sebelum panggilan dibuat terhadap pihak polis.
Juruteknik kilang itu berkata, dia terkejut apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan orang awam.
Katanya, pemeriksaan menemui kesan jerut pada leher mangsa dan remaja itu dipercayai dibunuh.
"Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Sumber: Harian Metro
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment