Nazim Othman dan Bella Dally Sah Bercerai!

Ramadhan baru sahaja hadir membuka tirainya. Pasti ramai saat ini sedang gembira menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Namun, tidak pada dua pasangan suami isteri popular, Nazim Othman dan Bella Dally. Ternyata Ramadhan kali ini, mereka tidak lagi bergelar pasangan suami isteri. 

 
Sumber Gambar: Google

Sejak semalam, isu perceraian antara Nazim dan Bella akhirnya terjawab di laman media sosial masing-masing. Dikatakan tanpa memaklumkan tarikh sebenar perpisahan mereka, Nazim dalam kenyataan di Instagramnya berkata, perkahwinan yang dibina pada 10 September 2016 itu tidak dapat diselamatkan lagi. 

"Dengan rasa berat hati dan dukacita, ingin memaklumkan di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella sudah berakhir".

"Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih di atas doa kalian selama ini,"katanya.

"Sesungguhnya segala keindahan itu datang daripada-Nya dan semua kekurangan itu datang dari kekhilafan kami sendiri sebagai manusia."

"Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang," luah Nazim di laman Instagramnya.

Manakala di pihak Bella pula, beliau turut berkongsi perkara yang sama di laman Instagram miliknya.

"Untuk memendekkan cerita, perkahwinan kami tidak berjalan lancar. Kami sudah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkannya, namun tidak berjaya. Kami sepakat untuk berpisah adalah jalan terbaik,"kata Bella.

Walau bagaimanapun sehingga kini, Nazim tidak mendedahkan punca perceraian mereka dan menyifatkan apa yang telah berlaku di atas kekhilafan diri masing-masing sebagai manusia biasa. 
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment