Penangguhan Bayaran PTPTN, Bebas Sekatan Serta-Merta

 
Sumber Gambar: Google

PUTRAJAYA: Wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk graduan berpendapatan bawah RM4,000 ditangguhkan pembayarannya oleh Kementerian Pendidikan. Menurut menterinya, Dr Maszlee Malik, hal ini adalah yang dijanjikan dalam 10 perkara kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang perlu ditunaikan dalam 100 hari.

Tambah beliau lagi, Pakatan Harapan (PH) tidak menyatakan pemansuhan PTPTN. Sebaliknya hanya memberi pelepasan kepada pembayaran balik wang pinjaman bagi mereka yang berpendapatan bawah RM4,000.
"Kita juga akan berbincang dengan Jabatan Imigresen mengenai sekatan perjalanan bagi peminjam yang disenarai hitamkan ke luar negara," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas di Kementerian Pendidikan di sini, semalam.
Dalam Majlis Serah Tugas itu juga, bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Idris Jusoh menyerahkan nota serah tugas kepada Dr Maszlee.

Sumber: Berita Harian
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments:

  1. Bestnya..rasa lega bg yg bergaji rendah Dan oenganggor

    ReplyDelete