Tabung Harapan Malaysia Kumpul RM7 Juta Dalam Tempoh 24 Jam

Kredit Foto : KOSMO
Alhamdulillah... Terima kasih rakyat Malaysia kerana bersama membantu mengumpul dana untuk bersama mengukuhkan kewangan kerajaan. Dalam tempoh 24jam, Tabung Harapan Malaysia (THM) sudah berjaya mengumpul RM7.07 juta sejak ia mula dilancarkan semalam.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pihaknya akan sentiasa terus mengumumkan jumlah kutipan tabung itu pada setiap hari.

Dalam sidang media itu juga, Lim Guan Eng berkata yang sumbangan kepada tabung berkenaan juga boleh diberi pengecualian cukai dan penderma diminta menyimpan resit bagi tujuan berkenaan setelah menerima kutipan dari orang ramai sebanyak RM13,476.57 semalam.

Guan Eng juga turut mengucapkan tahniah kepada graduan undang-undang, Nik Shazarina kerana telah memulakan usaha mengutip sumbangan daripada rakyat Malaysia. Walaupun jumlah itu kemungkinan kecil, tetapi ia tetap memberi semangat dan perlu dihargai dalam usaha mengurangkan beban hutang negara.
Kredit Foto : Malaysia Dateline
Bersama Membantu Demi Kesejahteraan Rakyat. Hulurkan bantuan anda seperti yang tertera. Sedekah amalan mulia. Jom Menderma!
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments: