Beribu Peminat Hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Aiman Tino dan Fara Hezel


Kuala Kubu Bharu: Berpusu-pusu sekali lagi peminat membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan Aiman Tino dan kakaknya, Fara Hezel sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan selama ini.

Bertempat di Dataran Kuala Kubu Bharu dan diadakan pada 29 Jun 2018, Aiman Tino turut meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-20 tahun yang mana jatuh pada 27 Jun lalu.


Aiman mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua peminatnya yang telah menyokong kerjaya seninya selama dua tahun lebih ini. Dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama peminat itu juga, Aiman turut meraikan hari lahirnya bersama semua. 



Pemangkin Aiman selama ini sudah tentu Ayah dan Ibunya. Mengambil kesempatan sempena sambutan hari lahirnya itu, Aiman Tino menyuapkan Ibu dan Ayahnya pulut kuning yang disediakan itu sebagai tanda kasih sayang tidak berbelah bahagi. Alhamdulillah.... Anak soleh membawa ke syurga. 



Tidak dilupakan juga kepada peminat-peminat cilik turut diberikan Duit Raya kepada semua kanak-kanak yang hadir pada malam itu. Rezeki yang diberikan Allah tidak pernah dilupakan. Aiman berkongsi rezeki pada semua kanak-kanak dengan memberikan duit raya sebagai tanda penghargaan kerana menyokong kerjaya seni beliau.

Selain peminat, rumah terbuka Aidilfitri ini juga turut dihadiri rakan artis seperti Harry Khalifah dan ramai lagi. Tidak dilupakan juga majlis ini meraikan kakaknya, Fara Hezel yang turut sama dalam majlis rumah terbuka itu. 



Paling menarik untuk tahun ini, kelihatan peminat Si Comel yang turut menghadiri majlis rumah terbuka aidilfitri Aiman Tino dan Fara Hezel. Dengan dipakaikan baju Melayu berwarna hijau, si comel tampak bergaya ketika bergambar dengan Aiman Tino.


Seperti tahun lalu, Aiman sekali lagi menjamu peminatnya dengan hidangan tradisi seperti Nasi Minyak, Satay, Kambing Golek dan Char Kuew Teow. Tahniah sekali lagi Team Propa Rangers ucapkan kerana berjaya melaksanakan Rumah Terbuka Aidilfitri untuk kali kedua.


Follow Aiman Tino

Follow Fara Hezel
Instagram | https://www.instagram.com/official_farahezel/

Official Photographer: Otomen Taro
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments:

  1. wahhh meriah betul ye rumah etrbuka AIman Tino. Ruginya tak dapat nak join !

    ReplyDelete