Demonstrasi Memasak Bersama Bonda Chanteq Dalam Chef of Knorr Road Show

Sepanjang hidupnya, beliau memang meminati bidang masakan dan dengan kebolehan yang beliau ada untuk memasak, Zayn Hakeem atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Chanteq telah dipilih dalam satu cabaran "Training to be Chef of Knorr Road Show" yang akan berlangsung pada 17 - 19 Ogos di Melaka.


Di usia yang muda, Bonda sedar yang memasak adalah sesuatu yang hadir secara semulajadi dalam dirinya. Menyedari hakikat itu, Bonda seringkali memasak untuk keluarganya dengan pelbagai aneka hidangan yang sedap-sedap. Bak kata pepatah, "Air tangan Bonda" memang menambat selera untuk bertambah makan.

Semenjak itu, Bonda menanam hasrat untuk turut serta dalam apa jua pertandingan memasak yang ada dan rezeki telah berpihak kepada beliau di mana pada 16 Julai 2018, Bonda dipilih dalam cabaran "Training to be Chef of Knorr Road Show".

Program "Training to be Chef of Knorr Road Show" telah berlangsung di Dapur Masak Unilever Malaysia, Ara Damansara di mana terdapat ramai lagi yang berbakat dalam bidang masakan. Untuk menu pada kali ini, Bonda diminta untuk menyediakan tiga hidangan iaitu:
  1. Sup Tofu Telur Sayuran
  2. Sup Ayam Kampung
  3. Sup Daging Berempah

Selain itu, Bonda juga turut diperkenalkan dengan tiga jenis kiub pati Knorr yang baharu. Di antaranya adalah: 
  1. Knorr Pati Ikan Bilis
  2. Knorr Pati Ayam
  3. Knorr Pati Daging


Tidak kekok di dapur, Bonda meneruskan perjuangannya menyiapkan tiga hidangan yang telah dipinta pihak penganjur. Dengan pengalaman yang beliau ada, beliau dapat menyiapkan ketiga-tiga menu hidangan dalam masa yang diberikan dan kesemua hidangan siap dihias cantik untuk tatapan rasa juri.




Syabas dan Tahniah dari Team Propa Rangers untuk Bonda Chanteq yang telah berjaya dipilih pihak juri. Semoga Bonda melangkah kejayaan dengan lebih cemerlang lagi. 

Pada yang ingin mengenali Bonda Chanteq dengan lebih dekat, boleh kunjungi laman blog dan media sosial beliau di bawah:-

Blog  

Facebook  

Instagram  
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

4 comments: