Igor Akinfeev wira Russia Cipta Kejutan Singkir Sepanyol


Moscow: Piala Dunia sudah ke peringkat suku akhir. Russia berjaya melangkah ke peringkat suku akhir di tempatnya sendiri dengan menyingkirkan juara 2010, Sepanyol menerusi penentuan penalty 4-3 pagi tadi.

Penjaga gol Russia, Igor Akinfeev layak dilabelkan sebagai wira tuan rumah apabila berjaya menggagalkan dua sepakan Sepanyol iaitu dari Koke dan Lago Aspas.

Perlawanan kemudiannya terpaksa dibawa ke masa tambahan memandangkan kedudukan kekal 1-1 ketika permainan berakhir 90 minit dan masih juga tiada jaringan terhasil di masa tambahan.
Sepanyol yang mendominasi sebahagian besar permainan mendahului seawall minit ke-12 apabila Sergei Ignashevich melakukan kesilapan dengan menjaringkan gol di gawang sendiri.
Namun, kedudukan kembali terikat sama apabila pengadil menganugerahkan satu sepakan penalti kepada Sepanyol selepas pertahanan Russia, Gerard Pique memegang bola dalam kotak penalti. Artem Dzyuba tidak lagi melakukan kesilapan untuk menewaskan David De Gea pada mini ke-41.

Dikatakan terdesak untuk memburu jaringan, Sepanyol memasukkan pemain berpengalaman iaitu Andres Iniesta pada separuh masa kedua tetapi turut gagal untuk menembusi pertahanan Russia yang sangat ketat itu.
Situasi sama juga berulang ketika di masa tambahan dengan Sepanyol tidak berjaya untuk menembusi pertahanan kukuh Russia yang membawa kedua-dua pasukan ke masa penentuan penalti.

Menurut rekod yang sedia ada, Sepanyol sebelum ini pernah juga disingkirkan di Piala Dunia menerusi penentuan penalti pada tahun 2002 di tangan Korea Selatan.
Sumber: Berita Harian
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments: