Sila Duduk, Jangan Lari : Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong Jadi Trending Di Media Sosial

Gambar: Google

KUALA LUMPUR: Hari ini tersebar luas di media social 'caption facebook' dan gambar-gambar yang tertera 'Sila duduk, jangan lari'. Sebelum itu, Metro TV melaporkan Yang di-Pertuan Agung, Sultan Muhammad V beseloroh kepada Ahli Parlimen dengan menitahkan "duduk dan tidak lari" sebelum memulakan titah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat pagi tadi.  
Ahli Yang Berhormat, sila duduk dan jangan lari, titah baginda
Seloroh baginda itu menceriakan suasana dan menjadikan pembukaan sidang Dewan Rakyat.

Sementara itu, baginda bertitah mahu Ahli Parlimen yang telah dipilih menjalankan dan menggalas amanah yang diberikan dengan jujur dan dedikasi. Ianya adalah satu tanggungjawab yang besar dan harus dipikul dengan wibawa. Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam peribahasa yang sihat, matang akan dapat merangsang pemikiran dinamik.   
Bukan untuk mencari pihak yang benar tetapi untuk menemukan apa yang baik lagi benar, memberi cadangan, teguran dengan penuh berhemah dan bijaksana, penuh kesopanan bertatasusila, supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat serta dunia luar.

Rata-rata status rakan-rakan 'facebook' hari ini menjadikan 'caption' itu sebagai trending terkini selain 'haaa...tepokkk' yang menjadi trending semenjak telifilem 'Isteriku Dari ....' yang disiarkan di rangkaian Astro.

Sumber: Metro TV
Share on Google Plus

About Bonda Chanteq

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

3 comments: