Ziana Zain Sah Bercerai Talak Satu Dengan Armin


Kredit Photo: Kosmo Online

SHAH ALAM: Penyanyi tersohor Malaysia Ziana Zain sah bercerai talak satu dengan suaminya. Armin Zaharin Ahmad Zambri 53, melafazkan talak satu kepada Ziana Zain 50 pada jam 2.48 petang di hadapan Hakim Syarie Mohd Nizar Mohtar di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Hakim Mohd Nizar dalam membacakan keputusan penghakimannya menyatakan talak tersebut adalah menerusi talak rajie' iaitu Ziana Zain selaku Plaintif perlu menjalani idah selama tiga bulan. Penceraian mereka sah mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Menurut Hakim, kedua-dua mereka diperintahkan mendaftarkan penceraian di Pejabat Agama Daerah Petaling dan berhubung isu penjagaan dan lawatan anak-anak, kedua mereka boleh memfailkannya di Mahkamah Tinggi Syariah.

Sebelum melafazkan cerai tersebut, Armin memohon untuk berjumpa dengan kesemua anaknya. Ziana Zain hadir diwakili peguam Syarie Yusfa Hanis Yussoff ditemani adiknya Anuar Zain manakala Armin hadir sendirian. 

Sepanjang perkahwinan Armin dan Ziana sejak 9 Mei 1998, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sumber: Kosmo Online
Share on Google Plus

About Bonda Chanteq

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments: