Encore Melaka Inspirasi Warisan Budaya


Menarik buat warga tempatan mahupun pelancong asing yang datang bercuti ke negeri Melaka kerana berpeluang menyaksikan persembahan teater bertaraf antarabangsa, Encore Melaka di Impression City yang bakal menjadikan percutian anda, hebat dan lebih mengujakan.

Pementasan teater bertaraf dunia yang mengambil masa selama 70 minit itu diarahkan oleh pengarah teater terkenal dari China, Wang Chaoge yang melibatkan enam babak penceritaan yang diinspirasikan daripada identiti masyarakat Melaka yang berbilang bangsa, budaya dan adat resam serta kehidupan yang harmoni. 








Antara enam babak yang dipersembahkan ialah kisah Parameswara membuka Kota Melaka, diikuti dengan kisah pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Melaka, persembahanan tarian masyarakat Baba Nyonya dan persembahan diakhiri dengan 200 pelakon dan penari mengucapkan selamat jalan kepada penonton.

Penonton akan terus-terusan dihiburkan dengan pelbagai era yang dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil dan juga dialek Melaka serta Portugis.
Ia memang sangat mengujakan dan terinspirasi dengan sejarah dan budaya masyarakat Melaka yang berwarna-warni. Ia merupakan syurga untuk keharmonian bangsa. Kami terpesona dengan masyarakat tempatan yang sangat menghormati dan bertimbang rasa terhadap perbezaan budaya.




Encore Melaka merupakan projek video yang inovatif dan mengagumkan serta memiliki set pentas hidraulik bertingkat dengan pencahayaan dan teknik akustik tercanggih. Ia merupakan sebuah pentas teater terbesar di Asia yang mana boleh menempatkan lebih 2,000 penonton dalam satu sesi pementasan di atas platform yang unik dengan berputar 360 darjah.

Bangunan teater ini juga direka oleh Wang Ge dari Institut Reka Bentuk Seni Bina Beijing, China dan merangkumi kawasan seluas 15 hektar yang berhadapan dengan pemandangan Selat Melaka. Struktur bangunannya yang berkonsepkan moden serta menggunakan porselin putih dan biru sebagai hiasan luar dan juga kanopi organik yang terdapat di pintu masuk menuju ruang legar.












Tak perlu bicara banyak. Apa kata kunjungi dan rasai sendiri pengalaman seni persembahan teater sejarah dan budaya bertaraf antarabangsa ini hanya di Encore Melaka yang terletak kira-kira 3.5km dari Jonker Street.

Maklumat lanjut, boleh rujuk seperti yang tertera di bawah:

Alamat | No 1, Jalan KSB, Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200 Melaka.

Waktu Tayangan
Bermula 01 Ogos 2018
Isnin - Sabtu (5.30pm & 8.30pm)
Ahad (2.30pm & 5.30pm)


Harga Tiket

Normal Season Price (RM)
Peak Season Price (RM)
Seat Category
Non-Malaysian
Malaysian
Non-Malaysian
Malaysian
VIP
568
528
588
548
Premium
248
228
268
248
Standard
148
128
168
148
Wheelchair
98
98
98
98
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments: