Filem 'Paskal' Raih Kutipan RM2 Juta Pada Tayangan Pembukaan


Hari ini, industri perfileman tempatan semakin menunjukkan perkembangan positif apabila filem aksi terbaharu PASKAL telah meraih kutipan yang sangat cemerlang iaitu RM2 juta pada tayangan pembukaannya, Khamis lalu.

Filem arahan Adrian Teh itu mencipta rekod apabila menjadi naskhah kedua tertinggi selepas Munafik 2 yang telah meraih RM2.05 juta dalam tempoh yang sama.

Berita gembira itu dikongsi oleh pihak penerbit Paskal, AStro Shaw di Instagramnya pada Jumaat, 28 September 2018. Filem Paskal yang telah menjalani penggambaran di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Maghribi itu menampilkan barisan pelakon seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya.

Filem Paskal sedang ditayangkan di seluruh Malaysia dan Brunei.

Review dari kalangan penonton, rata-rata memberitahu filem Paskal merupakan sebuah filem terbaik dan setaraf dengan karya dari Hollywood.

Kepada yang belum menonton, jom tonton di pawagam berdekatan anda!

Sumber: MStar Online
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment