Hunter Killer, Sebuah Filem Sarat Dengan Aksi dan Debaran

Alhamdulillah... Pada 23 Oktober 2018 yang lalu, Team Propa Rangers diberi peluang menyaksikan Tayangan Perdana Filem Hunter Killer yang berlangsung di GSC Pavillion. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada One World Alliance Film dan juga rakan blogger, Rafzan Tomomi kerana memilih kami sebagai pemenang tiket. Jom ikuti sedikit review dari kami tentang filem hebat ini.


Filem Hunter Killer ini merupakan filem aksi dan sarat dengan babak yang mendebarkan. Ia menjadikan sebuah filem yang hebat dan harus dipuji kisahnya. Dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Gerald Butler, Gary Oldman, Common, Linda Cardellini, Toby Stephens, Zane Holtz, Michael Gor dan ramai lagi. Jadi, jangan lupa untuk saksikan filem yang penuh aksi dan hebat ini di pawagam berdekatan anda pada hari Khamis, 25 Oktober 2018.



Sinopsis Filem Hunter Killer

Mengisahkan seorang lelaki bernama Joe Glass yang diberi mandat atau kepercayaan sebagai Kapten kapal selam untuk misi mencari sebuah kapal selam milik Amerika Syarikat yang telah hilang dari radar ketika berada di perairan Russia. Mengikut siasatan, pihak AS percaya bahawa kapal selam tersebut telah diserang oleh pihak tentera laut Russia. Namun, kemudiannya, Joe Glass telah menemukan satu rahsia di mana bukan sahaja kapal selam AS diserang tetapi kapal selam Rusia sendiri turut diserang.

Akhirnya, Joe Glass mendapat tahu yang terdapat satu cubaan rampasan kuasa yang sedang dilakukan oleh pihak menteri pertahanan Rusia yang cuba berpaling tadah dan dalam masa yang sama telah menculik Presiden Rusia tanpa pengetahuan kerajaan Rusia. Joe kena bekerjasama dengan pasukan US Navy Seals untuk menyelamatkan Presiden Rusia dan juga bekerjasama dengan tentera laut Rusia sendiri yang telah diselamatkan oleh pasukannya. 

Adakah tentera laut Rusia sanggup bekerjasama dengan Joe Glass dan pasukannya? Mampukah pasukan US Navy Seals menyelamatkan presiden Rusia di kawasan kubu terkuat tentera Rusia? Saksikan filem yang penuh aksi ini untuk mengetahui jawapannya.

 

Filem
Hunter Killer

Pengarah
Donovan Marsh

Genre
Aksi & Pengembaraan

Pelakon
Gerald Butler, Gary Oldman, Common, Linda Cardellini, Toby Stephens, Zane Holtz, Michael Gor dan ramai lagi

 

Review Filem Hunter Killer

Filem yang dinanti-nantikan oleh peminat Gerald Butler yang turut bergandingan dengan Gary Oldman, pemenang anugerah Oscar bagi kategori pelakon terbaik tahun 2017 melalui filem Darkest Hour. Admin sendiri teruja untuk menonton aksi ketenteraan dalam laut yang hadir dari bumi Hollywood ini. Babak-babak yang terdapat dalam lautan sangat mengujakan dan tidak dinafikan ia telah berjaya dipaparkan dalam keadaan yang sangat baik walaupun kelihatan penonton sedang melihat video satu permainan dalam video peperangan. Babak klimaks yang muncul telah memberikan keyakinan kepada penonton betapa hebat dan sukarnya sebuah perjalanan dan aktiviti ketenteraan dalam laut saat dihentam gelombang letupan torpedo. Visual tersebut memberikan satu rasa yang cukup menarik dan nyata.

Sebuah filem yang sarat dengan elemen aksi dan debaran yang pastinya membuatkan semua teruja untuk menantikan kesudahan filem ini. Setiap babak aksi dalam filem ini sangat menarik dan berjaya dipaparkan secara baik. Plot cerita yang mudah dan bergerak dengan momentum menaik yang sekata membuatkan penonton lebih mudah untuk mengikuti dan memahami kisah yang ingin disampaikan.

Selamat Menonton Filem Hunter Killer di pawagam berhampiran anda dan jangan lupa untuk kongsikan pengalaman dan pandangan anda berkenaan filem ini di ruangan komen di bawah

Dengan ini, Team Propa Rangers nak bagi

4.5/5 Bintang
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments:

  1. kalau sha masuk tengok cerita ni mesti terlena haha :3

    ReplyDelete