KitKat Perisa "Teh Tarik" Kini Boleh Didapati Di Petronas dan Giant


WoW!!! Menarik. Jenama coklat wafer terkemuka, KitKat tampil dengan perisa baharu yang begitu dekat dengan selera rakyat Malaysia. Buat peminat coklat KitKat, kini anda boleh menikmati perisa terbaru mereka iaitu Teh Tarik. Dikatakan perisa baharu ini sudah dijual di Singapura terlebih dahulu. 

Apa yang menjadikan KitKat Milk Tea Duo ini adalah wafernya yang mempunyai dua lapisan di mana satu lapisan teh tarik di bahagian atasnya dan satu di bahagian bawah ialah lapisan coklat. Setakat hari ini, KitKat MilkTea Duo boleh didapati di Petronas Mesra dan Pasaraya Giant.

Sumber Foto: hitz.fm
Jadi, tunggu apa lagi? Ajak Ibu, Ayah, Adik, Kakak, Abang ataupun kawan-kawan untuk singgah sebentar di Petronas Mesra dan Giant berhampiran anda.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments: