Nasi Lemak Istimewa Daily Kopitiam, Pavilion


Daily Kopitiam sekadar kafe biasa yang terletak di Shopping Complex Pavilion, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Namun, setelah diamati, premis ini bukan sekadar kafe, sebaliknya ia menepati citarasa rakyat tempatan dan memiliki konsep yang santai.

Daily Kopitiam menampilkan suasana yang cukup selesa dan santai untuk dikunjungi sementara menunggu waktu menonton wayang tiba di tingkat atasnya. Sambil-sambil menunggu untuk menonton wayang tuh, tak salah kiranya para pelanggan menikmati hidangan makanan yang ada di sini. Dan, anda juga boleh berkunjung ke Daily Kopitiam di waktu hujung minggu ketika menghabiskan aktiviti bersama keluarga di Pavilion ini.


Menu nasi lemak yang dipesan membangkit selera Admin dan Team Propa Rangers untuk terus menikmatinya. Kalau dulu nak makan nasi lemak ini hanya di waktu pagi, tetapi kini anda boleh menikmatinya di semua waktu tidak kira pagi, petang atau malam.


French Toast yang dipesan juga memberi satu rasa kelainan saat menggigit rotinya yang gebu dan lembut itu. Terasa kerangupan dan kelazatan menikmatinya untuk light menu buat pengunjung yang tidak ingin makan berat. Sekali lagi, Admin dihidangkan dengan minuman yang cukup rasa iaitu Honey Lemon Ice. Memang memukau ketika menikmati minuman sedap ini. Sejuk sahaja mengalir masuk ke tekak.


Cukup menambat selera kami yang makan di kopitiam ini. Bukan sahaja ruang yang selesa, bahkan nama menu yang ditampilkan pun menarik dan ada tarikan tersendiri.



Terletak di Lot 4.02.03 & 4.02.04, Level 4, 168, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Ia dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi sehingga 10 malam. 

Maklumat lanjut boleh hubungi seperti yang tertera di bawah

Website

No Telefon
03 - 2110 5320
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. tak pernah lg jejak kami ke pavillion ni.
    in shaa Allah one day.

    ReplyDelete