Pesawat Lion Air JT-610 Terhempas, 189 Penumpang Dikhuatiri Terkorban


Tergempar insiden di mana pihak berkuasa Indonesia sedang menjalankan operasi dan menyelamat sebuah pesawat tambang murah Lion Air yang telah dilaporkan hilang daripada radar setelah terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara jam 6.33 pagi tadi.

Menurut laporan, pesawat JT-610 berlepas daripada Laapngan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia pada jam 6.20 pagi waktu tempatan dan telah terputus hubungan kira-kira 13 minit kemudian.

Dijangkanya pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pangkal Pinang, Belitung pada jam 7.20 pagi.

Sementara itu, portal antarabangsa Reuters melaporkan pesawat itu telah terhempas. Jurucakap agensi pencari dan penyelamat Indonesia, Yusuf Latif berkata, pesawat Boeing 737 MAX 8 disahkan terhempas.

Pesawat berkenaan berupaya membawa 210 penumpang. Dan dikhabarkan 189 mangsa termasuk 7 kanak-kanak dikhuatiri maut. 

Dalam perkembangan terbaharu, portal berita antarabangsa Sky News melaporkan pesawat tersebut telah terhempas ke dalam laut.

Sumber: Utusan Online & MStar Online 
Share on Google Plus

About Illya LeYa

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments: