Filem "Operasi X" Wajib Masuk Senarai Mesti Tonton

Kami percaya filem Operasi X ini sudah mempunyai daya tarikannya tersendiri menerusi tayangan pertamanya di seluruh pawagam Malaysia semalam, 1 November 2018. Dengan menampilkan gandingan pelakon baru dan lama turut memberi peluang kepada semua penggiat seni untuk berkarya.


Jalan Cerita Yang ‘Hidup’ dan ‘Santai’

Sebelum menonton filem ini, pada mulanya kami cuba untuk tidak letakkan filem ini sebagai biasa-biasa kerana daripada namanya sahaja seakan tidaklah begitu menggairahkan. Namun, setelah mengakhiri tontonan filem yang hebat ini, kami bangga dan seronok dengan jalan penceritaannya.

Tidak dinafikan filem ini telah membuatkan penonton terpukau dengan aksi-aksi pelakon yang berjaya melakonkan watak dengan baik. Malah gandingan pelakon terkenal, Dato’ Aaron Aziz dan Dato’ Awie juga begitu serasi sekali. Bagi kami, agak tidak keterlaluan untuk kami katakana filem ini terbaik dan berjaya mencetuskan fenomena aksi dan lawak dalam satu masa membuatkan penonton tidak kering gusi menontonnya. Tahniah diucapkan buat seluruh produksi!


Sinopsis Filem Operasi X

ASP Redzuan, seorang anggota polis yang telah meninggalkan dunia siasatan jenayah. Tidak menyangka bahawa operasi pada hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, ASP Redzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman di hadapan matanya sendiri. ASP Redzuan memilih untuk meninggalkan dunia tersebut dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya.

ASP Redzuan menyembunyikan identitinya dengan memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. ASP Redzuan jatuh cinta pada keindahan pulau yang didiaminya. Dan di situ jugalah dia bertemu dengan kekasih hatinya, Cikgu Ayu. Sehinggalah pada suatu hari, ASP Redzuan dikunjungi oleh Dato' Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman yang telah sekian lama cuba menjejakinya.


ASP Redzuan berkeras tidak mahu kembali kerana mengesyaki sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. Kehadiran Dato' Mokhtar dan DSP Anwar telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu. Dengan barisan ahli operasi dengan kepakaran masing-masing; Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dalam seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan, Redzuan dipertanggungjawabkan mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X. ASP Redzuan harus kembali ke dunia siasatan jenayah untuk mengetuai operasi menumpaskan Geng Belut yang telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa di rantau ini. Operasi X telah menumpaskan "Raja Seludup Antarabangsa" dengan kepakaran dan kepintaran Polis DiRaja Malaysia.


Antara barisan pelakon filem Operasi X yang hadir dalam Tayangan Perdana pada 29 Oktober 2018

Bahasa: Melayu
Subtitle: Bahasa Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh tayangan: 01 November 2018
Genre: Aksi / Jenayah
Masa Tayangan: 1 jam 47 minit
Terbitan: Dream Pictures Production
Pelakon: Dato' Aaron Aziz, Dato' Awie, Dato’ Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Gbob, Amerul Affendi, Hefny Sahad, Hanna Aqeela, Nashra, Shima Aris, Hairi Safwan dan lain-lain
Pengarah: Sandosh Kesavan
Format: 2D

Review Filem "Operasi X"

Ketika babak pertama bermula, ia dirasakan agak perlahan jalan penceritaannya. Namun, ia kembali pulih setelah ASP Redzuan diberikan semula tugas untuk menyelesaikan Operasi X. Di situ, adegan aksi, jenayah, kelakar, sedih, semuanya bersatu dalam satu cerita. Ia dirasakan sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana cerita ini tidaklah begitu berat untuk difahaminya. Memadai sebuah filem yang relaks dan santai ketika menonton bersama keluarga mahupun rakan-rakan di hujung minggu. Watak Dato’ Awie sebagai Belut dirasakan menghidupkan jalan cerita ini kerana beliaulah yang banyak membuat para penonton tidak kering gusi di dalam panggung. Hero filem, Dato’ Aaron Aziz sebagai ASP Redzuan memang tidak dinafikan lagi sangat terbaik. Beliau berjaya melakonkan watak dengan cemerlang menerusi adegan sedih, aksi dan persahabatan yang baik. 



Dengan itu, kami ingin bagi
4.5/5 Bintang

Bagi yang belum menontonnya, wajib lah balik petang ni singgah di pawagam berdekatan untuk menonton Filem Aksi Terbaik "OPERASI X THE MOVIE" ni!!

 

 
Sidang Media Yang Berlangsung Pada 29 Oktober 2018 di MMCineplexes, eCurve, Petaling Jaya

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment