Giliran XPDC Kita Peng Yu Beraksi Di Setor Gombak, Kuala Lumpur


Panggung Asia Setor Gombak yang terletak di Jalan Gombak, Kuala Lumpur sudah tidak asing lagi dalam kalangan kumpulan muzik rock tanah air sebagai satu lokasi yang sesuai untuk mengadakan persembahan berskala sederhana. Selepas OAG dan Flop Poppy beraksi, kini giliran kumpulan heavy metal Malaysia terkenal, XPDC Kita Peng Yu beraksi bagi menghiburkan peminatnya menerusi konsert muzik Rona Bunyi anjuran TFM dan Kelipan Store. 

Konsert yang dilangsungkan itu dinamakan XPDC Solo dan beraksi selama lebih 2 jam bermula pada 9.30 malam hingga 11.30 malam pada 3 November 2018. Anggota XPDC Kita Peng Yu yang tidak asing lagi iaitu Mael (penyanyi), Zuar (bass), Amy (drum) dan Jeff (gitar) memukau peminat kumpulan heavy metal Malaysia ini untuk tidak berganjak dari tempat masing-masing.


Setelah beraksi di pelbagai lokasi di seluruh negara dan berkongsi pentas dengan banyak kumpulan dan artis, kini XPDC tampil secara solo untuk menghiburkan para peminatnya dan menilai sendiri kekuatan XPDC dalam konsert itu.



Menurut Zuar lagi, mereka ingin menampilkan nostalgia buat peminat apabila menyampaikan lagu ciptaan Allahyarham JS Kevin. Ia merupakan satu penghormatan terhadap beliau yang telah banyak menyumbang karya buat XPDC sejak ditubuhkan pada tahun 1989. 

Konsert LIVE Solo ini merupakan  acara istimewa untuk berinteraksi dengan peminat setia mereka. Penonton XPDC Solo juga berpeluang untuk bermain muzik atau "jamming" di atas pentas bersama mereka. Ia akan memberikan satu kelainan buat peminat setia XPDC.





Sama-samalah kita menyokong industri muzik tanah air untuk mereka lebih bersemangat memberikan yang terbaik buat semua. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan XPDC Kita Peng Yu kerana telah berjaya merealisasikan impian peminat setia tanah air untuk menonton kehebatan anda di pentas solo semalam. 


Ingin tonton secara LIVE Konsert XPDC Solo Setor Gombak, Kuala Lumpur, boleh klik link di bawah:-

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment