Noryn Aziz, Juara Gegar Vaganza Musim 5


Berakhir lah sudah Gegar Vaganza musim 5 tahun ini. Di konsert akhir semalam yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), satu kejutan diumumkan di mana penyanyi Noryn Aziz telah dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan Gegar Vaganza 5 (GV5).

Noryn yang menyanyikan lagu Laskar Cinta nyanyian asal Dewa 19 duet bersama artis jemputan Awi Rafael dan Where Is The Love (Black Eyes Peas) gandingan bersama Dia Fadilla telah menewaskan lima peserta lain yang terdiri daripada Amelina, Zamani, Maya Ruslee, Dia Fadilla dan Billy Zulkarnain. 

Menurut Noryn, beliau bersyukur dengan kemenangan ini dan ia tidak mungkin dapat dilupakan dalam karier seninya. Kemenangan itu juga melayakkan Noryn menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi. 


Sementara itu, Dia Fadilla memenangi tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi.

Penyanyi Zamani pula berada di tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM30,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta trofi. Tempat keepat menjadi milik Amelina dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi manakala tempat kelima dan keenam pula menjadi milik Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain. Mereka juga masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Selain itu, bintang Cuckoo paling gempak dan menyerlah menjadi milik Zamani. 

Dalam pentas akhir itu, peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian duet bersama artis jemputan dan pusingan battle. Kesemua persembahan telah dinilai oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim berserta juri jemputan Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow. Konsert Akhir Gegar Vaganza 5 ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Sumber: mstar online
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. Ingatkan zamani menang... Lagu duet BUNGA tu best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... LeYa pun beranggapan Zamani menang.. Hehe..

      Delete