"It's Wipeout" Di Sunway Lagoon, Percutian Yang Menarik Tahun 2018

Sempena hujung tahun dan cuti sekolah kali ini, Sunway Lagoon Malaysia akan mengadakan satu perayaan besar bermula 1 hingga 31 Disember 2018 ini. Sambutan percutian “It’s Wipeout”, Sunway Lagoon menampilkan banyak aktiviti menarik kepada semua pelawat dari semua peringkat umur.
 
 
Pengunjung yang datang pada bulan Disember ini pasti berasa seronok dan menghiburkan dengan kepelbagaian aktiviti yang akan dilaksanakan di sana. Anda yang teruja dengan aktiviti air pasti menjadi lebih seronok dengan cabaran “It’s Wipeout Wild Water Run@ Mali Cove yang akan menampilkan floating inflatables. Hadiah harian seperti JBL speakers dan juara akhir bulan akan bertarung untuk memenangi GoPro Hero 7 bernilai RM1,900!
 

 
Selain itu, aktiviti menarik yang akan berlaku di Party Zone @ Mali Cove di mana para tetamu akan dihiburkan dengan DJ serta pelbagai persembahan menarik. Sementara itu, kanak-kanak dan remaja pasti teruja di Kids Zone @ Mali Cove yang akan menawarkan foam party, ball pit, floatie toys pool dan boleh turut serta dalam kesemua aktiviti menarik itu.
 


 
Sunway Lagoon’s Beach Bistro pula akan menjadi tuan rumah untuk Hi-Tea pada setiap hari di bulan Disember ini yang akan menawarkan sesi bertemu bersama “Man in Red” di mana beliau akan mengedarkan seberapa banyak barang kejutan. Hi-Tea ini akan bermula pada 2.30 petang hingga 5.00 petang dan akan membuat demonstrasi Gingerbread Cookie dan juga sesi tontonan filem bersama mascot Sunway Lagoon, Kapten Quack dan Lady Quack.
 
Pada hujung minggu pula (Jumaat, Sabtu & Ahad), pengunjung boleh mengisi hari mereka di Sunway Lagoon Beach Bistro yang menawarkan Makan Malam BBQ khas di situ dengan menu kegemaran yang hebat dan enak termasuk pencuci mulut yang berwarna-warni. Keseronokan itu tidak terus berhenti di situ! Bagi golongan dewasa atau yang berumur dan mempunyai kemahiran aktiviti agak lasak, boleh cuba beraksi di Flow Rider dan Dunking Machine. Kanak-kanak juga boleh bergembira di aktiviti lantunan di Castle Inflatable terbesar dan mereka boleh berimaginasi dalam alam fantasi mereka di situ.
 

 
Aktiviti malam ini akan menjadi Night Parade pertama di Sunway Lagoon yang akan berlangsung sekitar jam 7.30 malam. Acara ini pasti tidak boleh dilepaskan di mana ia akan memaparkan Kapten dan Lady Quack yang dihiasi dengan pakaian Christmas, unicyclists, jugglers, balloon bearers, DJ Truck dan Santa.
 
 
Kesemua aktiviti ini pasti memberikan keseronokan tidak terhingga. Namun, Sunway Lagoon terus juga meningkatkan lagi pelbagai aktiviti yang akan berlangsung sepanjang hari di pelbagai lokasi di Sunway Lagoon ini. Ini termasuklah Pertunjukan Krismas Swashbuckling, “Jingle Bells Rock!”, Evolution of Dance, acara Slime Time, special fire performance dan A Tale of Mount Berapi & Wave of Fun Show. Mereka yang juga berkeinginan untuk melihat hidupan liar boleh menonton Teater Hidupan Liar di Wildlife Shows, Sunway Lagoon.

Pelawat yang ke Sunway Lagoon’s Nickelodeon Lost Lagoon, dalam masa yang sama berpeluang untuk bertemu watak kegemaran Nickelodeon mereka seperti SpongeBob Squarepants, Patrick Star dan tidak lupa juga Teenage Mutant Ninja Turtles dan Dora the Explorer.
 
 
“We’re pulling out all the stops with a no-holds-barred approach to this Wipeout Wonderland as we like to call it. Sunway Lagoon decided to create a truly memorable grand experience where families and friends can spend quality time together while having barrels of fun and laughter which they will remember and cherish for a long time,” said Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon.
 
 
Bagi mereka yang sedang mencari tempat menarik untuk menghabiskan Malam Tahun Baru mereka, boleh lah ke Glowtopia Festival yang semuanya dibawa dari Amerika Syarikat dan akan berada di Sunway Lagoon untuk kali pertama di Malaysia. Pengunjung bolehlah melihat kerlipan cahaya yang banyak di dalam kegelapan malam termasuk Backlight Slide, Glow Battle Zone yang menyeronokkan, persembahan secara langsung dan pertunjukan bunga api. Festival ini dibuka kepada umum yang berumur 7 tahun ke atas. Tiket Glowtopia Festival boleh didapati dari harga RM89.
 
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.sunwaylagoon.com/ atau hubungi +603 5639 0000.

Share on Google Plus

About Faizol Hafizi

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments: