Kisah Ameen Aqil, Blogger Cilik Yang Menginspirasikan

Menarik perkongsian kali ini ialah seorang penulis blog yang dikatakan masih muda remaja berusia 13 tahun sudah punya pemikiran yang baik dan kreatif sekali berbanding rakan seusianya.

Ameen Aqil, seorang penulis blog http://lamankeluargahajahlijah.blogspot.com/ memiliki bakat dalam penulisan dan aktif berblog saat menginjak usia 12 tahun. 


Aqil seorang yang rajin dan ringan tulang dalam membantu apa sahaja disuruh oleh keluarga dan Ibu Ayahnya, sentiasa disukai ramai ahli keluarga lain. Tidak pernah membantah. Itulah Aqil, anak ketiga dari 4 orang adik-beradiknya. 

Tidak terhenti di situ, Aqil mula mengikut jejak langkah Abang dan Kakak sepupunya, Otomen Taro dan LeYa dalam bidang penulisan di blog melalui blog Laman Keluarga. Walaupun sejak akhir ini kurang aktif, namun dia cuba untuk kembali menulis semula. Itu azam 2019 beliau.


Luar biasanya, ia melakukan dengan kemampuan menakjubkan di mana Aqil berjaya membahagikan masa belajar, bermain, membantu Ibu Ayah dan berblogging.  

Aqil sering menjadi inspirasi Ibu Ayah nya kerana sikapnya yang berbudi bahasa, rajin, baik dari segi akhlak dan sahsiah serta sayang akan adik-beradiknya. Aqil juga berani dalam melakukan apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dan diingininya. 

Bukan setakat aktif berblog, Aqil juga aktif bersukan dan pernah mendapat tempat keempat dalam Powerkids for Powerman Asia Duathlon Championship – Malaysia 2017


Kebijaksanaan dan pemikiran yang cerdas memang memerlukan untuk meneruskan pembelajaran secara kreatif dan kritis. Setiap hari, Aqil akan memperbaiki setiap kesalahan dalam penulisannya.

Nak kenal Aqil, jom layari Social Media beliau di bawah:

Blog

Facebook

Instagram

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

3 comments:

  1. Kecil² lagi dah hebat. Bagus dik. Sis masa 12tahun, sibuk dok main cop tiang dekat sekolah, join kelab koir sekolah. Hahahaha tak reti diknon nak internet² segala ni. Hihi yalah budak² sekarang hidup dalam dunia IT. So no wonder. Asalkan berfaedah, its okay. Terkawal. Jgn bukan² , itu yang kita dok takutkan.

    ReplyDelete
  2. wahh mesti dia dapat banyak khidmat nasihat dari blogger hebat mcm Leya dan Otomen...semoga Ameen Aqil suksess

    ReplyDelete