AJL 33 - Bahang Kian Terasa!

Debaran AJL33 semakin hampir. 12 lagu bakal berentap untuk dinobatkan sebagai lagu terbaik 2018 di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33). AJL33 akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari 2019 (Ahad) jam 9 malam.

Sekali lagi untuk tahun ini, AJL33 mengekalkan gandingan hos Sherry Al Hadad dan Alif Satar yang sememangnya tidak pernah mengecewakan penonton dengan gelagat mereka yang melucukan. Di samping itu, malam anugerah akan dimeriahkan lagi dengan persembahan dari kumpulan Search, artis-artis genre hip-hop tanah air dan BBNU; Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali.

Berlainan kali ini, tiket AJL33 dijual kepada semua secara atas talian melalui laman sesawang www.myticket.asia bermula pada tarikh jualan 7 Januari 2019. Harga jualan tiket bermula daripada:
Aras 4 = RM25
Aras 3 = RM35
Arena = RM55


Anugerah penuh berprestij ini menampilkan SAMSUNG GALAXY A9 - Pertama Di Dunia, Telefon Pintar Kamera Kuad dan KFC - Sedap Sehingga Menjilat Jari sebagai penaja bersama. Samsung juga akan menyumbangkan hadiah bagi kategori Persembahan Terbaik.

Selain itu, bahang AJL33 ini boleh anda saksikan dengan beberapa aktiviti menarik yang mereka laksanakan. Antaranya ialah:

PRELUDE AJL 33

Samsung Galaxy A9 ada mengadakan satu peraduan bagi memberi semua peminat industri muzik tanah air untuk beramah mesra dan berinteraksi dengan artis kegemaran mereka. Pada 26 Januari 2019 (Sabtu), Prelude AJL 33, showcase yang bakal merancakkan lagi debaran Anugerah Juara Lagu akan berlangsung di KL Live pada pukul 8.30 malam. Empat fun tiket secara ekslusif ke Prelude AJL 33 dengan memuat naik gambar huruf 'A' paling kreatif dengan kapsyen menarik beserta hashtag #GalaxyA9 dan tag @samsungmalaysia dan @tv3malaysia telah pun bermula pada 17 Januari dan berakhir 22 Januari. 

Seramai 125 pemenang bertuah berpeluang untuk beramah mesra bersama artis kegemaran mereka dan jangan lupa untuk saksikan secara langsung di laman Youtube dan Facebook TV3Malaysia. Prelude AJL 33 dihoskan oleh Haziq Hussni, Nana Mahazan dan Aaron Al Fateh serta menampilkan Syamel, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Amylea X Kaer, Sufian Suhaimi, Zaaim Mentor, Ismail Izzani dan Nabila Razali.

AJL 33 IDOL

Peluang anda untuk memenangi sepasang tiket Arena ke AJL33 bernilai RM110 dengan menyertai peraduan AJL 33 Idol! Mulai 26 Januari (Sabtu) sehingga 31 Januari (Khamis), nantikan klip video karaoke finalis AJL33 berdurasi 30 saat pada waktu yang ditentukan TV3. Rakam diri anda menyanyikan lagu yang dipaparkan dan muat naik ke laman Instagram beserta #AJL33IDOL dengan segera. Hanya 20 penyertaan terawal bagi setiap lagu akan disenarai pendek untuk dipilih sebagai pemenang. Dan hanya satu pemenang dipilih untuk setiap lagu.
Maklumat lanjut serta terma dan syarat peraduan boleh didapati di

DEBARAN AJL 33

Debaran AJL 33 akan membawa para peminat di sebalik tabir malam berprestij industri muzik tanah air. Bersiaran secara langsung di TV3 pada 2 Februari, pukul 5.30 petang hingga 6.30 petang, Debaran AJL33 akan dihoskan oleh Haziq Hussni dan rancangan ini akan merangkumi segala aspek yang menggerakkan AJL seperti pemasangan pentas, persiapan teknikal dan produksi serta perasaan finalis yang bakal membuat persembahan.

KARPET MERAH AJL 33

Saksikan juga Karpet Merah AJL 33 yang bakal bersiaran secara langsung di TV9 pada pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam dan akan dikendalikan oleh Kaka Azraff dan Shuk Sahar. Ikuti juga fesyen unik para finalis dan artis kegemaran anda pada malam kemuncak! Karpet Merah AJL33 ini juga boleh ditonton di Youtube TV9Malaysia, aplikasi Hot FM, media sosial Instagram Senang Terhibur dan di laman web atau aplikasi tonton. Liputan lanjut Karpet Merah AJL 33 dari 9.00 malam hingga 9.30 malam akan disiarkan khas di Youtube TV9Malaysia.

XTRA

Portal XTRA membawakan segmen Live Chat selain Galeri Foto (LIVE) secara eksklusif yang akan ditempatkan di sekitar Axiata Arena. Berpeluang berinteraksi dengan finalis AJL 33 kegemaran anda bermula 9 malam di www.xtra.com.my!

Selain itu, anda juga boleh saksikan klip persembahan beserta komentar pada malam anugerah di portal XTRA. Tambah menarik lagi, AJL33 turut menawarkan peluang kepada penonton untuk mengundi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak itu. Undian akan dibuka bermula dari persembahan pertama dan ditutup sebelum persembahan interlude, di mana itu akan menyumbang kepada 50% markah keseluruhan. Manakala baki 50% lagi adalah daripada juri profesional. Undi persembahan terbaik di www.xtra.com.my/ajl33.

BARANGAN EKSKLUSIF AJL33

Anda juga berpeluang untuk mendapatkan barangan eksklusif AJL33 seperti kemeja T berharga RM30 dan beg tote yang berharga RM20 di Axiata Arena pada malam anugerah itu nanti.


Bagi yang tidak berpeluang menyaksikan AJL33 secara langsung di Axiata Arena, anda juga boleh saksikan di YouTube TV3Malaysia dan portal video tonton, www.xtra.com.my. AJL33 disokong oleh Geng Digital Xtra, SENANG TERHIBUR, Donna dan Dhia, serta Geng Radio Hot FM dan Kool FM.

Layari laman Facebook, Instagram dan Twitter TV3Malaysia dan portal XTRA, www.xtra.com.my untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #AJL33 untuk menghangatkan lagi suasana di laman sosial. 


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. Wah...sabar nk tgk AKL, kak.minat kat Siti Sarah suara dia mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... Kak minat Siti Sarah ye... Jangan lupa tonton AJL 33 pada 3 Februari nanti ye..

      Delete