Aquaman, Filem Terbaik 2018

Selamat Tahun Baru 2019 Min ucapkan buat pembaca setia blog ini. Cuti hari tuh Min ada lah layan satu filem terbaik dan boleh dikatakan filem penutup terbaik 2018. Filem yang bertemakan superhero yang diadaptasi dari komik DC. Aquaman kini menjadi sebahagian daripada DC Extended Universe (DCEU) dan semakin disukai setelah kemunculannya dalam Justice League dan BvS. 

Tirai tahun 2018 ditutup dengan cemerlang dari filem superhero terbaik ini. Nak tahu apa yang menarik tentang filem Aquaman ini? Jom teruskan bacaan seterusnya.

 
Kredit Photo: www.ign.com

Sinopsis Aquaman 2018

DCEU mengambil langkah paling baik dengan menggunakan khidmat pengarah James Wan yang sangat terkenal dengan genre seram.

Aquaman mengisahkan seorang raja yang berdarah separa manusia dan Atlantis, Arthur Curry yang meningkat dewasa dengan kebolehannya tersendiri. Dunia Atlantis telah diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab dari bumi dan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berperang sesama sendiri. Pengembaraan beliau menjadi 'raja lautan' perlu mengelakkan peperangan di antara Atlantis dan manusia di permukaan bumi.  

Genre: Aksi/Pengembaraan
Pengarah: James Wan
Pelakon: Jason Momoa, Willem Dafoe, Patrick Wilson, Dolph Lundgren, Ludi Lin, Yahya Abdul-Mateen II, Temuera Morrison, Amber Heard dan Nicole Kidman.
Edaran: Warner Bros
Klasifikasi: PG13

 
Kredit Photo: www.nikkhazami.com

Fakta Menarik Aquaman 2018
  • James Wan sebenarnya berasal dari Malaysia tetapi dibesarkan di Australia. Aquaman merupakan filem superhero pertama arahan James Wan berbanding sebelum ini yang mengarah dan menerbitkan filem seram. 
  • Aquaman merupakan filem kelima James Wan bersama pelakon Patrick Wilson selepas Insidious (2010), The Conjuring (2013), Insidious: Chapter 2 (2013) dan The Conjuring 2 (2016).
  • Aquaman menjalani penggambaran sekitar Australia, Morocco dan Kanada.
 
Kredit Photo: www.ign.com

Ulasan Aquaman 2018

Boleh dikatakan CGI dalam filem ini sangat hebat dan menjadikan filem ini sebagai sebuah filem superhero sangat epik dan layak diiktiraf filem penutup terbaik 2018. Bukan itu sahaja, visual nilai yang dipaparkan juga mempunyai nilai estetikanya tersendiri dan memukau panorama indah penonton. Latar tempat dan pelakon juga sangat hebat.

Lakonan Aquaman - Arthur Curry (Jason Momoa) sangat hidup dengan wataknya sebagai superhero. Permulaan cerita Min tertanya-tanya siapakah Aquaman sebenar? Ia terjawab setelah permulaan cerita ketika beliau mengikuti satu rombongan sekolah bersama guru dan rakan-rakan, dan kemudian dibuli rakan sendiri, ikan-ikan di dalam aquarium seperti mendengar dan membantu beliau kerana darah yang mengalir dalam dirinya. Dari situ, pengembaraan Arthur semakin menyerlah di dasar lautan dan membantu ramai orang yang ditimpa kesusahan termasuk dunia Atlantis yang diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Lokasi penggambaran sangat cantik dan memukau mata Min melihatnya. Kecantikan air terjun dan dasar lautan seperti Min sendiri berada di situ. Errmmm.... bestnya kalau Min dapat ke tempat menarik tu kan? Hehehe...

Min memang berpuas hati dengan pembikinan filem Aquaman ni. Ia memang penutup tirai tahun 2018 yang terbaik dan akan diingati. Bagi yang belum berkesempatan menonton filem ini, jom cepat-cepat ke pawagam berdekatan anda dan tonton serta beri ulasan di ruangan komen di bawah. Semoga di tahun 2019 ini, akan keluar filem lebih hebat dan menarik lagi.


Berapa rating nak Min bagi?
9.5 / 10
rating
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. oh my! percaya atau tak myra tak sempat tgk lg movie ni. sigh

    Btw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D

    Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019

    ReplyDelete
  2. Malam sabtu hari tu baru dpt tonton filem Aquaman ni. Mmg terbaik.. filem penuh aksi dan unik. Lepas tonton terasa nak jadi aquaman pula, best kan klu dpt hidup 2 alam mcm tu hehe :)

    ReplyDelete