Filem XXRAY III Bakal Menemui Peminat Setelah 24 Tahun Menyepi

Setelah lebih 24 tahun, kini pengarah tersohor, Aziz M. Osman telah mengembalikan XXRAY III, kesinambungan dari filem yang bergenre sains fiksyen, XX RAY dan XXRAY II di mana pernah mendapat box office pada era 90-an.


Menurut Aziz M. Osman, idea untuk menghasilkan filem XXRAY III ini bermula pada tahun 2015 atas desakan peminat filem bergenre fiksyen sains. Filem ini juga telah merangkumi dua peringkat dan mengambil masa selama 40 hari dalam sesi penggambarannya.

Bagi penggambaran peringkat pertama, ia telah dilakukan sekitar tahun 2015 dan peringkat seterusnya pada dua tahun kemudian di beberapa buah lokasi seperti Melaka, Johor dan Jordan.


Bagi Aziz, ia tidak terlalu cerewet dalam pemilihan pelakon dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pelakon muda untuk meneraju lakonan mereka dan mengekalkan pelakon sebelum ini iaitu dirinya dan Datuk Jalaluddin Hassan yang pernah muncul dalam XXRAY II.

Watak Utama - Izzue Islam sebagai Rayyan
Sinopsis Filem XXRAY III

XXRAY III mengisahkan tentang tiga anak muda iaitu Rayyan (pelajar fizik), Sam (pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat perindustrian yang berpengkalan di Jordan/sempadan Israel) dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos 1996.

Insiden tersebut disebabkan wormhole (lohong ulat) yang menyerap kuasa utama tenaga elektrik dari stesen jana kuasa di Paka, Terengganu. Lohong ulat terjadi adalah berpunca dari sebuah probe yang tidak dikenali dari angkasa lepas.

Bapa Rosman, Tan Sri Ismail telah mengambil probe tersebut dan menyembunyikannya. Hakikatnya probe tersebut adalah salah satu daripada ribuan probe yang diprogramkan untuk membuka stargate terbesar dan menyerap tenaga matahari untuk dihantar semula ke alam semesta lain.

Ketiga-tiga anak muda itu kemudiannya mencari buku nota yang ditulis oleh Profesor Amir (seorang tokoh 'urban legend') yang dipercayai mempunyai jawapan untuk mengawal probe berkenaan dan seterusnya menyelamatkan sistem solar.

Barisan Pelakon XXRAY III

Izzue Islam sebagai Rayyan
Nonny Nadirah sebagai Lana
Adam John sebagaiI Sam
Dazrin Kamaruddin sebagai Rosman
Ardell Aryana sebagai Adel
Ashraf Muslim sebagai Rizal
Saiful Apek sebagai Azli
Dato Rahim Razali sebagai Tan Sri Ismail
Dato Jalaluddin Hassan sebagai Hang Tuah
Razak Ahmad sebagai Harun
Aziz M. Osman sebagai Amir

Pengarah | Aziz M. Osman
Penerbit | Lily Lokman
Penerbit Eksekutif | Puteri Nurul Aziz & Salbalqish Lokman
Konsep | Topet Hidayat & Puteri Nurul Aziz
Cerita/Lakonlayar | Aziz M. Osman
Pengarah Fotografi | Aryo Pingit & Ramli Long
Pengarah Seni | Khairul 'AKEK' Md Dan & Bullart Osman
VFX | ImageBox & Eccentro
Penyunting | Aziz M. Osman
Pembantu Pengarah | Dyeanna Ramli
Pengurus Produksi | Zalle

Tayangan | 24 Januari 2019
Genre | Fiksyen Sains


Review Filem XXRAY III

Pada 16 Januari 2019, kami Team Propa Rangers telah berkesempatan menyaksikan tayangan perdana Filem XXRAY III di MMCineplexes, eCurve Damansara, Petaling Jaya. Apa yang Min boleh katakan ia sebuah filem yang wajib ditonton oleh semua lapisan masyarakat sebagai memberi sokongan dan dorongan kepada filem tanah air untuk lebih maju ke hadapan.

Seperti yang kita tahu, filem fiksyen sains di negara kita sangatlah kurang. Jadi, bilamana pengarah Aziz M. Osman memberi idea dan ilham dalam pembikinan filem ini, ia merupakan satu kebanggaan Malaysia untuk duduk sama dengan negara luar, walaupun hakikatnya ada kekurangan dari segi CGInya. Adat sesuatu perkara. Ada yang kurang ada yang lebih. Mungkin dari kekurangan itu, suatu hari nanti akan diperbaiki dan lebih hebat dari sebelumnya.

Sebuah pengembaraan anak muda yang terbaik boleh Min katakan kerana berminat dalam dunia sains dan berani mengkaji alam semesta untuk lebih dekat dengan pencipta alam ini, Allah S.W.T. Alhamdulillah.... Min boleh katakan sebuah filem yang menarik untuk ditonton.


Apa yang akan berlaku seterusnya dalam misi menyelamatkan negara? Saksikan filem terbitan Ace Motion Pictures Sdn Bhd ini di pawagam berdekatan anda pada 24 Januari 2019

Official Trailer Filem XXRAY III
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment