Kota Kinabalu dan Kota Bharu Sertai Rangkaian Scoot Di Malaysia

Scoot merupakan syarikat penerbangan tambang rendah milik penuh Singapore Airlines Group dan mula terbang pada Jun 2012 dan telah bergabung dengan Tigerair Singapore pada Julai 2017. Ia turut mengekalkan jenama Scoot serta terus memperkukuh kedudukannya untuk mencapai pertumbuhan baharu. 

18 Januari 2019 telah menyaksikan di mana Scoot dengan bangganya telah melancarkan jualan tiket penerbangan bagi laluan Kota Kinabalu - Singapura yang dijadualkan bermula pada Disember 2019. Scoot juga berhasrat untuk melancarkan penerbangan tiga kali seminggu bagi laluan Kota Bharu - Singapura dalam bulan Julai 2019 mengikut kelulusan pihak berkuasa.


Laluan Kota Kinabalu dan Kota Bharu Dari Singapura Dengan FlyScoot

Laluan Kota Kinabalu - Singapura merupakan salah satu daripada 17 laluan SilkAir yang akan diambil alih oleh Scoot secara berperingkat bermula dari tahun 2019 sehingga 2020. Perancangan ini sejajar dengan  semakan terperinci yang dibuat oleh Singapore Airlines Group dalam memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Laluan Kota Bharu - Singapura pula bakal memberikan Scoot kelebihan sebagai pengendali tunggal dari Singapura yang menawarkan penerbangan terus ke sana.


Malaysia adalah sebuah destinasi pelancongan yang menarik. Dengan menyertai Kota Bharu dan Kota Kinabalu dalam rangkaian Scoot, ia merupakan destinasi ke tujuh dan lapan di Malaysia selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. 

Menurut Ketua Pegawai Komersial Scoot, Mr. Vinod Kannan, "Kami teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian kami di Malaysia kerana negara ini merupakan pasaran yang amat penting buat Scoot. Malaysia sangat indah untuk diterokai dan dengan dua destinasi ini - Kota Kinabalu dan Kota Bharu, pengembara akan berpeluang untuk 'Escape the ordinary' dan merasai layanan Scootitude yang unik di sepanjang penerbangan."


Scoot menawarkan penerbangan ke 66 destinasi merangkumi 18 negara dan wilayah dengan 17 lagi destinasi tambahan ke Laos, India, China, Malaysia dan Indonesia yang akan menyertai Scoot menjelang pertengahan tahun 2020. Scoot mempunyai angkatan pesawat campuran yang terdiri daripada 18 pesawat Boeng 787 Dreamliner badan lebar yang serba canggih dan 29 pesawat Airbus 320 yang baharu dan moden, dengan dua lagi pesawat Boeng 787 Dreamliner dan 37 pesawat Airbus 320neo dalam tempahan. 

Bersempena dengan pelancaran jualan tiket bagi destinasi Kota Kinabalu - Singapura, Scoot menawarkan harga tiket penerbangan sehala termasuk cukai Ekonomi FLY pada harga serendah RM36. Selain Singapura, penumpang juga boleh menikmati promosi tiket penerbangan sehala termasuk cukai Ekonomi FLY dari Kota Kinabalu ke destinasi lain di Indonesia, China, Vietnam, Australia, Jepun dan Eropah. Anda boleh menempah tiket melalui https://www.flyscoot.com/my-letsfly.


Jadual penerbangan bagi laluan Kota Kinabalu-Singapura adalah seperti berikut. Manakala laluan ke Kota Bharu-Singapura akan diumumkan selepas Scoot menerima kelulusan daripada pihak berkuasa.

No. Penerbangan
Sektor
Pelepasan
Ketibaan
Kekerapan
TR 491
Kota Kinabalu –Singapura
11.45am
2.00pm
Isnin, Selasa, Khamis, Sabtu
TR 493
7.35pm
9.50pm
Rabu, Jumaat, Ahad
TR 490
Singapura – Kota Kinabalu
8.45am
10.55am
Isnin, Selasa, Khamis, Sabtu
TR 492
4.25pm
6.50pm
Rabu, Jumaat, Ahad


Maklumat lanjut mengenai Scoot boleh dapati di

Website

Facebook

Instagram

Twitter

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. Terbaiklah dgn adanya Scoot ni.. perjalanan pasti lebih selesa, mudah dan selamat ke mana2 destinasi yg tersedia. Moga terus maju jaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu... Lepas ni Singaporean dah boleh ke destinasi di atas dengan mudah... Destinasi Malaysia memang menarik di mata dunia..

      Delete