Malaysia Sebagai Tuan Rumah Sidang Kemuncak Mengenai Seni & Budaya Kali Ke-8

Persidangan "Sidang Kemuncak Mengenai Seni dan Budaya" merupakan inisiatif berterusan dalam memperkasa seni dan kebudayaan negara kita. Persidangan kali ke-8 dan buat julung kalinya di Malaysia akan berlangsung selama 3 hari di KL Performing Arts Centre (KL PAC), Sentul pada 11 hingga 14 Mac 2019 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan kerjasama dari International Federation of Arts Councils and Culture Agencies (IFACCA).


Persidangan ini bertemakan Minda Mudah Alih: Budaya, Pengetahuan dan Perubahan (Mobile Minds: Culture, Knowledge and Change). Persidangan ini akan membincangkan tentang pandangan baharu bagaimana budaya dan seni berputar, menyesuaikan diri dan terus berkembang untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik bagi menjana dan memperkasa inovasi, kreativiti, pendidikan, proses digitalisasi dan kesan pemodenan terhadap perubahan masyarakat dan budaya.


Persidangan "Sidang Kemuncak Mengenai Seni dan Budaya"

Persidangan ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan turut dihadiri YBhg. Tan Sri Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN.

Antara objektif persidangan adalah untuk memberi inspirasi kepada peserta tentang bagaimana perubahan global dalam kalangan masyarakat, teknologi, politik, alam sekitar saling mempengaruhi oleh budaya dan persekitaran kreatif. Selain itu, mencari perspektif yang berbeza tentang bagaimana kerajaan dan pembuat dasar mencari keseimbangan antara permintaan semasa di samping memelihara budaya dalam arus kemajuan dan transformasi masyarakat.

Persidangan ini bakal menampilkan sesi seperti Keynote Speeches, Panel Discussions, Participatory Sessions dan Workshops yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang masing-masing yang terkenal di peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan kupasan sub-tema seperti Kesinambungan & Tekanan (Continuity & Tension), Penumpuan dan Perbezaan, (Convergence & Divergence) serta Mereka Masa Depan Semua (Creating Our Futures) akan menjadi antara topik terbaik dan hangat dalam sidang pada kali ini.

Persidangan kali ini menyaksikan 93 orang penceramah, moderator dan penceramah utama (keynote speakers) akan membentangkan pelbagai isu. Ucaptama persidangan akan disampaikan oleh YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 12 Mac 2019 jam 8.45 pagi. Antara tokoh pembentang utama ialah Prof Karima Bennoune - United Nation Special Rapporteur on Culture Rights, En. Ashkan Fardost (Sweden) - Global Speaker Swedish Speaker of The Year 2017 dan Technology and Digitalisation Expert and Founder of Oddball Ventures, En A.R. Hijjas Kasturi A.M (Malaysia) - Principal Director of Hijjas Kasturi Associates Sdn Bhd. Manakala lebih 70 buah negara akan turut serta dalam persidangan kali ini. 


Persidangan ini juga sangat menarik dan unik dengan sesi seperti Ucaptama, sesi bersama panel berpengalaman dan bertauliah di peringkat antarabangsa, sesi perkongsian ilmu menerusi pembahagian perbincangan secara dalam kumpulan - sesi lepak ala cafe, sesi meja panjang (long table), bengkel dan pembentangan berdasarkan kajian kes yang akan dikendalikan secara profesional.

Para peserta juga dapat meneroka pengalaman indah yang unik di Malaysia dalam program seperti Majlis Makan Malam (Opening Ceremony) pada 11 Mac 2019 (Isnin) di Taman Botani Perdana, KL dan Majlis Makan Malam Gala (Gala Dinner) pada 13 Mac 2019 (Rabu) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).


Orang ramai yang khususnya para pembuat dasar, penyelidik, pengurus dan pengamal seni budaya juga yang terlibat dalam industri kreatif dijemput bagi menyertai sidang kemuncak ini. Penyertaan boleh dilakukan secara atas talian dengan layari laman sesawang https://www.artsummit.org/registernow/.
 
Majlis sidang media turut diserikan dengan persembahan Tunas Seni Cemerlang JKKN dengan menyampaikan aksi menarik persembahan yang viral di media sosial dengan tontonan melebihi 1 juta pengunjung yang mana berasaskan permainan rakyat "Sep...Sep...Tom...Tom...".
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment