Mesin Pencetak Epson T-Series Hadir Dengan Format Besar Untuk Mencetak Pemetaan CAD

Epson merupakan peneraju teknologi global dari Jepun yang berdedikasi menghubungkan manusia, alatan dan informasi menggunakan teknologi yang efisien, kompak dan jitu. Kesemua peranti yang digunakan memenuhi keperluan pengguna tidak kira di rumah mahupun di pejabat.
Epson telah mengumumkan pelancaran mesin pencetak format besar T-series yang berkelajuan tinggi dan boleh didapati dalam model tetapan di atas meja (desktop) atau di atas lantai (floor-standing). Ia juga menandakan penyertaan Epson ke dalam segmen pasaran bertahap rendah hingga pertengahan untuk pemplot CAD.


Epson Malaysia telah memperkenalkan beberapa buah mesin pencetak format besar melalui Epson Siri SureColor T. SureColor T-series dipacu oleh teknologi kepala cetak PrecisionCore MicroTFP serta Teknologi Verifikasi Nozel (Nozzle Verification Technology) yang mana boleh mengesan dan melaras kondisi nozel secara automatik, lantas menzahirkan butiran dan keupayaan bertaraf gred komersial.

Antara rangkaian produk berprestasi tinggi adalah SC-T5430 bersaiz 36 inci dan SC-T3430 bersaiz 24 inci dapat menghasilkan cetakan A1 pada tahap kelajuan tinggi yang mana masing-masing berdurasi 22 saat dan 25 saat. Model permulaannya terdiri daripada SC-T5130, SC-T3130 dan SC-T3130N yang juga boleh mencetak pada permukaan bersaiz A1 dalam masa 31 saat dan 34 saat dan boleh diletakkan di ruang pejabat yang kecil.


Siri SC-Tx130 dilengkapi dengan fungsi auto yang unik dan membolehkan mesin pencetak tersebut menukar tetapan format bagi kertas bersaiz A4/A3 tanpa perlu pengguna menyentuh mesin itu. Ia ideal bagi syarikat-syarikat kecil yang memerlukan pencetak  pelbagai kegunaan di dalam ruang yang terhad.


Mesin pencetak T-series dihasilkan menerusi teknologi Epson yang terkini untuk memberikan hasil cetakan yang berkualiti tinggi. Ia turut dilengkapi dengan keupayaan keterhubungan tanpa wayar dan 'Wi-Fi Direct' untuk memudahkan pengguna mencetak melalui tablet dan telefon pintar atau menggunakan skrin sentuh berwarna LCD 4.3 inci yang baharu dengan menampilkan menu kawalan serta navigasi ringkas dan intuitif. Pemacu (driver) mesin pencetak ini juga sangat canggih dan membolehkan pengguna membuat perubahan pada saat akhir sebelum mencetak.


Mesin pencetak Epson SureColor T-series ini menggunakan dakwat pigmen UltraChrome XD2 yang membolehkan mesin-mesin pencetak menghasilkan cetakan dalam kualiti yang banyak pada masa yang sama dapat menjana output warna yang cantik dan garisan yang tepat di atas pelbagai jenis kertas.


Epson Malaysia juga menyatakan bahawa mesin-mesin pencetak ini sudah hadir di pasaran sejak bulan Disember 2018 lagi. Bagi yang berkeinginan untuk memiliki mesin-mesin pencetak ini, harga adalah seperti berikut:
  • Epson SureColor SC-T3130 – RM6165
  • Epson SureColor SC-T3430  RM10170
  • Epson SureColor SC-T5130 – RM12020
  • Epson SureColor SC-T5430 – RM14180
Maklumat lanjut boleh didapati di
Website
Facebook
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment