Selamat Hari Ulang Tahun Ke 40 Siti Nurhaliza


Siapa tidak kenal dengan Ratu Pop Malaysia Nombor Satu ini? Penyanyi tersohor negara, Dato' Seri Siti Nurhaliza genap usianya yang ke-40. Sejak dari awal pagi semalam, ucapan selamat dari peminat penuh di "timeline" media sosialnya dan juga berserta hashtag Siti Golden 40th menjadi trending di media sosial hampir 1,200 gambar artis kesayangan itu dikongsi peminat. 

Dapat juga kita dengar semalam di stesen-stesen radio seluruh negara berkumandang memutarkan lagu-lagu penyanyi nombor satu negara itu dan mengembalikan nostalgia zaman kegemilangannya dalam industri muzik. 

Seawal jam 7.00 pagi, Siti telah bersiaran di Bernama Radio dalam sesi temubual khas menerusi telefon untuk mengimbau kembali keterlibatannya dalam industri seni muzik. Manakala, Suria FM turut memutarkan 40 lagu terbaik Siti Nurhaliza tanpa henti dari jam 11.00 pagi selain turut menyiarkan persembahan medley dendangan seorang ibu kepada anaknya, Siti Aafiyah yang disampaikan oleh Feeya Iskandar dan Raja Syahiran.

Lagu-lagu yang menggamit kenangan semua tidak mungkin dilupakan. Antaranya Jerat Percintaan, Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Kesilapanku Keegoaanmu, Biarlah Rahsia, Nian Dihati dan banyak lagi untuk Min berikan di sini. Dengan teknologi terkini, anda semua boleh dengari semula di laman youtube bagi mengimbau kembali kenangan pada zaman itu. 

NAK BERTEMU & BERDUET BERSAMA SITI?






JOOX Karaoke Video Duet Bersama Siti
Memperkenalkan fungsi terbaru untuk Karaoke! Kini dilengkapi bersama versi Video dan Duet untuk melengkapkan pengalaman karaoke anda.

Kali ini kami hadir dengan hadiah istimewa untuk anda, Peraduan Eksklusif Karaoke Duet Video menampilkan Dato' Sri Siti Nurhaliza!

CARA MENYERTAI:

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu melengkapkan rakaman Video Karaoke Duet di di aplikasi JOOX anda, untuk salah satu lagu bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza! Lagu pertama, Kisah Ku Inginkan, telah tersedia mulai sekarang hingga 3 Januari 2019.

Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama Siti! Lagu seterusnya iaitu Anta Permana, akan tersedia untuk peraduan seterusnya yang akan datang bermula 4 Januari 2019.

HADIAH:
  1. 3 peserta teratas yang menerima like terbanyak akan memenangi 3 hadiah tunai teratas, RM500 untuk tempat pertama, RM300 untuk tempat kedua & RM150 untuk tempat ketiga. 
  2. 3 peserta yang menerima tontonan terbanyak akan memenangi 3 hadiah teratas, RM500 untuk tempat pertama, RM300 untuk tempat kedua & RM150 untuk tempat ketiga. 
  3. 10 peserta dengan video Duet Karaoke paling kreatif akan menerima RM 100 setiap satu.
  4. Siti akan memilih satu video duet karaoke kegemarannya untuk mendapat hadiah istimewa. Hadiah istimewa adalah menyanyi bersama siti secara peribadi!
***Terma & Syarat penuh boleh di dapati di Laman Karaoke pada aplikasi JOOX anda.***

Mulakan nyanyian anda bersama Siti sekarang! Mana tahu dapat ke sesi bertemu & duet secara peribadi nanti kan?
 

Duet with Siti Promo Materials:

1.    Video: https://youtu.be/59s0yZno3s8
2. FB Post: https://www.facebook.com/JOOXMY/photos/a.963250450373580/2250938 181604794/?type=3&theater
3.    IG Post: https://www.instagram.com/p/Br6fbjqgscd/

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment