Telekung Siti Khadijah Lancarkan DahSedekad.com Sempena UlangTahun Ke-10

"Nak... Mak teringin pakai telekung SK tu..."

Telekung berinovasi dan popular di Malaysia. Telekung Siti Khadijah mengorak satu langkah ke hadapan di mana tahun 2019 merupakan ulangtahun ke-10 penubuhannya. Bersempena dengan ulang tahun itu, terdapat pelbagai program dan aktiviti bakal diperkenalkan oleh #TeamSK kepada peminat telekung Siti Khadijah yang bergelar #FamilySK. 


Pelancaran DahSedekad.com Sempena Ulang Tahun ke-10 Siti Khadijah

Pasti peminat telekung Siti Khadijah tidak sabar-sabar lagi menunggu program istimewa yang bakal dilancarkan. DahSedekad.com merupakan laman sesawang mini atau Minisite pertama yang telah pun dilancarkan pada 4 Januari 2019. DahSedekad.com merangkumi segala aktiviti dan maklumat berkaitan Siti Khadijah yang sudah pun meluaskan empayarnya selama 10 tahun ini. Anda semua boleh dapatkan segala cerita tentang SK dan bagaimana penat lelah mereka lalui sehingga berjaya.

Selain itu, ia turut menerapkan kisah di sebalik penghasilan telekung SK secara teknikal yang tidak pernah dikongsikan kepada #FamilySK sebelum ini. Ia juga akan membawa anda kepada perkongsian seorang insan yang bekerja keras di sebalik penubuhan Siti Khadijah. Bertepatan dengan ulangtahun ke-10, laman sesawang mini ini juga mengupas tentang penglibatan SK dalam menyumbang kepada ekonomi negara dan masyarakat melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dijalankan sepanjang 10 tahun Siti Khadijah.


Siti Khadijah juga turut melancarkan logo baru yang simbolik dengan perjalanan Siti Khadijah dari awal penubuhan SK sehingga kini.
#FamilySK juga berpeluang mengenali pengasas Siti Khadijah iaitu Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman dengan lebih dekat melalui laman dahsedekad.com.

"Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah 10 tahun SK berada di industri ini. Saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana masyarakat yang saya gelarkan #FamilySK ini tidak pernah putus dalam menyokong produk tempatan kita sendiri. 10 tahun di dalam industri ini sudah pasti ada pengalaman pahit dan manis, namun itulah adat dalam perniagaan. Apa yang penting, kena fokus dan terus maju ke hadapan untuk lebih berjaya dan teruskan kejayaan. Harapan saya untuk 10 tahun akan datang, SK akan menjadi pengeluar produk gaya hidup Muslim terbesar di dunia, selari dengan visi Siti Khadijah. InsyaAllah." kata pengasas Telekung Siti Khadijah.

1000 Telekung SK Secara Percuma Sepanjang Tahun 2019

Sempena sambutan ulangtahun ke-10, #TeamSK ingin menghadiahkan 1,000 helai telekung secara percuma kepada semua sepanjang tahun 2019 ini. Menariknya dalam meraikan ulangtahun ke-10, #FamilySK yang ingin memenangi telekung secara percuma, bolehlah menonton drama bersiri SK yang mengandungi 15 episod. Drama bersiri ini berjaya diterbitkan setelah iklan Raya 2018 mampu menyentuh hati dan menarik perhatian ramai. Drama bersiri ini dipertontonkan kepada semua melalui siaran Youtube Siti Khadijah TV. Jalan cerita drama ini diinspirasikan daripada kisah benar yang dilensakan daripada 3 sudut berbeza yang berlaku di Siti Khadijah bermula dari tahun 2009 sehingga kini.

Langkah Mudah Untuk Dapatkan Tiket VVIP Malam Sedekad Siti Khadijah

Selain itu juga, #FamilySK yang bertuah menjadi VVIP berpeluang meraikan bersama-sama di Malam Sedekad Siti Khadijah yang akan dilaksanakan di Hotel Marriott, Putrajaya pada 5 April 2019. Jadi, bagaimana ingin turut serta menjadi jemputan VVIP Malam Sedekad SK?
  1. Tonton drama bersiri pertama Siti Khadijah di DahSedekad.com dan dapatkan KATA KUNCI di setiap episod drama bersiri SK.
  2. Hantarkan KATA KUNCI setiap episod tersebut di DahSedekad.com.
  3. Jawapan yang tepat dari episod 1 hingga episod 15 akan berpeluang mendapat tiket VVIP ke Malam Sedekad Siti Khadijah pada 5 April 2019.
  • Contoh Jawapan: EPISOD 1 SKSedekadDah 
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Lebih menarik lagi, pada Malam Sedekad Siti Khadijah yang akan berlangsung pada 5 April 2019, terdapat pertunjukan fesyen istimewa yang mana anda akan dapat melihat koleksi produk Siti Khadijah. #TeamSK juga akan memperkenalkan REKAAN BENTUK MUKA TERBARU telekung SK pada malam itu. Turut diadakan majlis penghargaan buat semua pihak seperti rakan media & blogger, para pembekal, vendor SK, kakitangan SK dan yang paling penting adalah pelanggan SK yang setia dengan Siti Khadijah. Majlis makan malam ini akan dijadikan sebagai satu platform merapatkan lagi ukhuwah antara satu sama lain.
Sempena ulangtahun ke-10 ini juga, Jualan Mega Sedekad akan diadakan pada 6 April 2019 di Dewan Ballroom 2, Hotel Marriott, Putrajaya selama 1 hari bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai diskaun menarik menanti anda!
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang di bawah:
Website
Facebook


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. mmg selesa telekung SK ni tapi kalau nak beli kena menyimpan le duluan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak... Telekung ni memang sangat selesa. Errmmmm... kalau dah selesa rasanya boleh pakai lama. Jadi memang berbaloi la dengan harganya

      Delete