Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Sekali lagi Les' Copaque, syarikat animasi No. 1 negara bakal memasarkan filem 3D animasi kedua bertajuk "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal" selepas mencipta satu fenomena apabila filem animasi 3D pertama Malaysia mencecah kutipan yang sangat membanggakan di pawagam. Filem terbaru yang bakal ditayangkan ini akan menjadi fenomena luarbiasa kepada kembar animasi kesayangan ramai.
 

Dalam sidang media baru-baru ini, pihak Les' Copaque ada memberitahu yang tayangan pawagam Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal akan ditayangkan pada 21 Mac 2019 sempena musim cuti sekolah untuk memberi tarikan dan galakan anak-anak berehat dan tonton filem kegemaran mereka di pawagam seisi keluarga.

Filem animasi 3D Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ini mengambil masa 5 tahun dalam pembikinannya dan menelan belanja hampir RM20 juta dengan menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Filem animasi penuh berprestij ini patut dilonjakkan mutu industri ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya antarabangsa. 


Sinopsis Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Filem ini mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan yang diberi nama "Inderaloka". Mereka akan dibawa berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih dan Pak Belalang. 

Ia bermula ketika Upin dan Ipin bersama kawan-kawan sedang membersihkan ruang stor Tok Dalang dan terjumpa sebuah keris ajaib. Lantas, Upin dan Ipin sahaja yang boleh memegang keris tersebut dan terus membawanya ke alam fantasi negara Inderaloka. 

Penonton pasti boleh mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak dan dapat melihat cerita dongeng nusantara yang dianimasikan dengan perwatakan baharu. 




Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah. 

 

Istimewa lagi filem ini akan mempunyai dua OST yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri dengan lagunya Buai Laju-Laju dan Fakrul Razi - Keris Sakti.

Official Trailer Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal


Suara Latar Upin & Ipin - Asyila Puteri


Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal  adalah filem terbitan Les' Copaque Production Sdn Bhd dan ditaja oleh Citrex Gummy dari Millenium Pharmacon International (MPI), edaran GSC Movies, Astro sebagai rakan media serta disokong oleh Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).


Jangan lupa saksikan tayangan filem ini di pawagam seluruh negara bermula 21 Mac 2019 ini.

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments: