Fakta Menarik Tentang HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD


Okay.... Seperti yang korang tau, trailer filem HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD dah pun lama berlegar-legar di media sosial. So, maka dengan ini lengkaplah francais filem HOW TO TRAIN YOUR DRAGON dengan kemunculan sequel ketiga yang mana filem ini sudah pun ditayangkan pada 31 Januari 2019 lalu. 

Fakta Menarik tentang Filem HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD

HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD adalah sebuah filem animasi dan aksi dari Amerika Syarikat 2019 berdasarkan siri buku oleh Cressida Cowell yang dihasilkan oleh DreamWorks dan diedarkan oleh Universal Pictures. DreamWorks Animation hadir dengan sebuah kisah yang mengejutkan tentang bagaimana cara membesar, mencari keberanian untuk menghadapi yang tidak diketahui dan  tidak ada yang boleh melatih diri untuk melepaskan diri. 

Filem ini mengisahkan tentang bagaimana Hiccup menggalas tanggungjawab baru menjadi ketua di Berk Viking selepas kematian bapanya dan berjaya mewujudkan satu kawasan di mana naga dan manusia boleh hidup bersama. Hiccup bersama Toothless, teman wanitanya, Astrid, ibunya, Valka dan kumpulan Dragon Riders meneruskan misi mereka untuk menyelamatkan naga-naga daripada pemburu naga yang menyebabkan Berk Viking sangat padat.


Dalam misi menyelamatkan naga, Toothless sempat mencari 'teman hidup' sebagai kawan baru dan seringkali bergurau bersama. Sweet sangat Toothless bila dia sudah tertarik dengan seekor naga spesis Light Fury yang boleh bertukar menjadi halimunan pada waktu malam.Hubungan mereka diganggu oleh penjahat baru bernama Grimmel yang menuntut hak di mana beliau mengatakan sudah mengawal semua Night Fury, kecuali Toothless.

Filem arahan Dean DeBlois turut membariskan bintang-bintang pelakon terkenal sebagai latar suara yang hebat iaitu Jay Baruchel, America Ferrera, Cate Blanchett, Craig Ferguson dan F. Murray Abraham sudah ditayangkan pada 31 Januari 2019 lalu di seluruh pawagam di Malaysia.

Kalau korang belum tengok trailer HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD, jom klik untuk tengok di sini:-


Yang belum tonton, boleh serbu panggung wayang berdekatan untuk tontonan filem HOW TO TRAIN YOUR DRAGON: THE HIDDEN WORLD ni. Jangan lupa untuk kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments: