KL Gateway Mall Brought Pandalicious Cheer To Yayasan Sunbeams Children

KL Gateway Mall, sebuah pusat membeli-belah di bandaraya yang sangat strategik berada betul-betul di hadapan Lebuhraya Persekutuan telah menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina bagi kanak-kanak dan penjaga yang kurang bernasib baik dari Yayasan Sunbeams Home.


Anak-anak dihiasi dengan pakaian kegemaran mereka dalam sambutan Tahun Baru Cina yang disambut bersama Pengurusan Kanan Suez Capital Sdn Bhd. Hari yang penuh keseronokan itu dilengkapi dengan pelbagai aktiviti, antaranya Coin Pouch Handicraft Workshop, Rainbow Caligraphy Demo serta God of Prosperity Walkabout.

Sambutan perayaan membawa makna lebih banyak kegembiraan dan senyuman kepada anak-anak ini kerana mereka dengan rasa penuh semangat turut bermain dan berjalan ke Inflated Giant Panda Playground sepanjang 60 kaki yang terletak di Central Piazza. Inflated Giant Panda Playground merupakan yang pertama di Malaysia dan menyediakan permainan untuk memberi rasa keseronokan buat kanak-kanak dari semua peringkat umur. 

  
"As a community shopping mall, we are honoured to host this festive event as part of our Corporate Social Responsibility initiative. We hope that the children had an enjoyable and memorable day out at KL Gateway Mall," said Datuk Ter, Group Managing Director from Suez Capital Sdn Bhd.
Kehangatan sambutan Tahun Baru Cina masih dapat dirasai dan bagi memeriahkan lagi suasana, Pengurusan Kanan dan kakitangan Suez Capital, anak-anak dari Yayasan Sunbeams Home serta rakan-rakan media berkumpul sepanjang 20 kaki untuk menggaul Yee Sang yang memberi makna kelimpahan dan kemakmuran dalam masyarakat Cina. 


Turut diadakan juga, penyampaian sumbangan cek kepada Yayasan Sunbeams Home dan duit Ang Pao serta Goodie Bag kepada anak-anak tersebut.

 
Sambutan "The Joy of Spring" di KL Gateway Mall, turut menyediakan Bengkel Seni & Kraf Kanak-kanak yang sangat menarik seperti Chinese Fan Colouring dan Fabric Ang Pao Packet Workshop bermula 20 January sehingga 17 Februari 2019.


Dalam pada itu, pembeli yang telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM88 akan mendapat paket Ang Pao yang cantik, manakala pembelian dengan minimum RM138 akan mendapat Plat Lucky CNY yang sangat eksklusif.

KL Gateway Mall dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran bengkel, hubungi KL Gateway Mall's Concierge di talian +603 7452 8118 atau layari laman Facebook di https://www.facebook.com/klgatewaymall.

Barisan VIP yang hadir bersama ialah Datuk Ter Leong Hin, Managing Group of Director; Datuk Yang Kian Joo, Project Directir; Datin Goh Seng Yee, Director of Corporate Communication Sales & Marketing; Encik Abdul Hadi bin Ahmad, Project Director Persatuan Tarian Naga & Singa Hong Teck

 The Joy of Spring Chinese New Year Activities

20 Jan 2019 (Sunday)
11.30am & 3.30pm
Chinese Fan Colouring & Wind Chime Workshop

21 Jan 2019 (Monday)
11.30am & 3.30pm
Chinese Opera Puppet & Rattle Drum Workshop

27 Jan 2019 (Sunday)
11.30am & 3.30pm
Dragon Dance Puppet & Rattle Drum Workshop

10 Feb 2019 (Sunday)
11.30am & 3.30pm
Fabric Ang Pao Packet & Chinese Paper Cutting Workshop

17 Feb 2019 (Sunday)
11.30am & 3.30pm
Hanging Deco & Chinese Drum Workshop

23 Feb 2019 (Saturday)
5.00pm - 10.00pm
Chap Goh Meh Festival

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment